Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Moscow) Russia Student Chapter

PPIM-MSC-->Blog ini ditubuhkan pada 18 Mac 2006 'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.' Muhammad:7

Wednesday, December 13, 2006

MEMBINA ISTANA DI SYURGA


MEMBINA ISTANA DI SYURGA

عن عثمان بن عفان يقول، إني سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (من بنى مسجدا يبتغي به وجه الله، بنى الله له مثله في الجنة).

Daripada Uthman bin`Affan katanya sesungguhnya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga. (al-Bukhari: 439, Muslim: 533)

Setiap orang mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri yang indah dan selesa supaya dia mendapat merehatkan diri dan mendapatkan ketenangan. Bagaimana pun sesetengah orang, disebabkan kemampuan kewangan yang tidak mencukupi tidak dapat memenuhi impiannya. Yang hanya dimiliki adalah tenaga. Membina masjid dalam hadis di atas merangkumi pembinaan dengan modal benda dan modal tenaga manusia. Masing-masing mempunyai peranan dan sumbangan.

Di sini Rasulullah s.a.w. menarik perhatian umatnya supaya melihat ke hadapan yang lebih jauh lagi. Bagaimana sepatutnya setiap mukmin itu memiliki istananya sendiri di dalam syurga. Kekecewaan dengan kehidupan dunia tidak sepatutnya menghalang seseorang berusaha untuk kehidupan akhirat.

Rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana istana di dunia. Keindahan dan kemewahan syurga yang tidak dapat dibayangkan

Hadis ini mengandungi isyarat supaya orang mukmin mengingati negeri asal sendiri. Dari mana kita datang ke situlah kita akan kembali. Oleh kerana itu, Allah s.w.t. sentiasa menyeru hamba-hamba-Nya kepada kembali ke syurga. Allah s.w.t. berfirman:

وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى دَارِ السَّلَامِ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu). (surah Yunus: 25)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. menyebutkan tujuan pembinaan masjid. Masjid hendaklah dibina sebagai tanda mengingati Allah, memakmurkannya dengan ibadat dan ketaqwaan bukan untuk berbangga dan bermegah-megah. Sabda baginda:

عن عمر بن الخطاب؛ قَالَ: سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلَّمْ يقول ((من بنى مسجداً يذكر فيه اسم الله، بنى اللَّه له بيتاً في الجنة)).

Daripada Umar bin al-al-Khattab katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membina masjid yang diingati padanya nama Allah, Allah akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (Ibn Majah, no: 735)

Sebagaimana jumlah tidak menjadi syarat dalam bersedekah begitu juga dalam pembinaan masjid, saiz bukan menjadi ukuran tetapi keikhlasan. Sabda baginda:

عن جابر بْن عَبْد اللّه؛ أن رَسُول اللَّهِ صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلَّمْ قال ((من بنى مسجداً لله كمفحص قطاة، أو أصغر، بنى اللَّه له بيتاً في الجنة)).

Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membina masjid kerana Allah sebesar sarang burung atau lebih kecil lagi, Allah akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (Ibn Majah, no: 738)

Hadis ini bukan untuk menyatakan saiz sebesar itu bagi masjid kerana ruang sekadar itu tidak boleh untuk bersembahyang padanya. Apa yang ditekankan oleh hadis ini ialah pahala membina masjid tetap sabit walaupun masjid itu kecil, biar sebanyak mana sumbangan kita.

Hadis-hadis di atas juga mengisyaratkan di sebalik pahala sebegitu besar ini adanya peranan institusi masjid dalam sesebuah masyarakat. Oleh kerana itulah, setibanya Rasulullah s.a.w. ke Madinah, baginda merencanakan untuk mendirikan masjid sebagai pusat kegiatan umat Islam. Setelah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar, baginda mengukuhkan lagi ikatan masyarakat baru itu dengan tautan aqidah, syariat dan akhlak. Semua ini terpancar dari roh dan sinar masjid. Persaudaraan bertambah erat dengan pertemuan sesama sendiri sekurang-kurang lima kali sehari tanpa ada pembeza dari segi darjat, keturunan dan kekayaan. Semuanya sama-sama datang sebagai hamba Allah. Mereka berada di peringkat yang sama dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Bermula dari masjid dapat dirancang pelbagai kegiatan keilmuan, perekonomian dan kemasyarakatan.

Selain itu, ada beberapa hadis yang lain menyebutkan amalan-amalan lain yang membolehkan seseorang itu mendapat istana di dalam syurga. Antaranya ialah sembahyang sunat rawatib.

عن أم حبيبة تقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول "من صلى اثنتي عشرة ركعة في يوم وليلة، بني له بهن بيت في الجنة".

Daripada Ummu Habibah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa bersembahyang 12 rakaat dalam sehari dan semalam, dibina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (Muslim, no: 728)

Dalam riwayat Aishah 12 belas rakaat itu adalah sunat rawatib.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ ثَابَرَ عَلَى اثْنَتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بَيْتاً فِى الْجَنَّةِ أَرْبَعاً قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ »

Daripada `Aishah daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa sentiasa melazimi sembahyang 12 rakaat dalam sehari dan semalam, Allah s.w.t. akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga. 4 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat selepas zuhur, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isya’ dan 2 rakaat sebelum subuh. (riwayat al-Nasai’i no: 1795, al-Tirmizi, no: 414,Ibn Majah, no: 1140)

Amalan lain yang membolehkan kita memperolehi rumah di dalam syurga ialah meninggalkan perbalahan, berdusta dan melazimkan diri dengan akhlak yang mulia.

عن أبي أمامة قال: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: " أنا زعيمٌ ببيتٍ في ربض الجنة لمن ترك المراء وإن كان محقّاً، وببيتٍ في وسط الجنة، لمن ترك الكذب وإن كان مازحاً، وببيتٍ في أعلى الجنة لمن حسَّن خلقه".

Daripada Abi Umamah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya menjadi penjamin terhadap rumah di pinggir syurga kepada orang meninggalkan perbalahan walaupun dia yang betul, terhadap rumah di tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan berdusta walaupun dalam bergurau senda dan terhadap rumah di bahagian atas syurga bagi sesiapa yang memperelokkan pekertinya. (Abu Daud, no: 4800)

Tuesday, December 12, 2006

Orang Berkemampuan Dituntut Untuk Berkorban

Orang Berkemampuan Dituntut Untuk Berkorban

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: Sesungguhnya sudah menjadi kewajibanku berkorban seekor unta dan aku orang kaya tetapi aku tidak dapat mencari unta untuk dibeli. Orang itu diperintahkan oleh Nabi s.a.w. supaya membeli tujuh ekor kambing lalu disembelihnya”

(Ahmad dan Ibnu Majah)

Huraian :

1. Ibadat korban adalah salah satu suruhan agama yang telah disyariatkan dalam Islam, oleh itu bagi mereka yang berkemampuan untuk berkorban, maka hendaklah berkorban demi melaksanakan syariat tersebut.

2. Keutamaan binatang korban dimulai daripada unta, jika tidak ada unta berkorbanlah dengan lembu, jika tidak ada lembu berkorbanlah dengan tujuh ekor kambing.

3. Korban yang paling sedikit ialah seekor kambing iaitu untuk seorang, manakala seekor unta atau lembu pula adalah untuk tujuh orang.

Wednesday, December 06, 2006

Engkaukah Pencinta Wanita?

Engkaukah Pencinta Wanita?

Assalamualaikum…

Em, semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video laguaku memang pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut seperti dia… bla, bla, & bla lagi.. huhu, aku pun terlayan lah sekali… em, yap sampai habis.

Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak... kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan mencintai.

Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la... (compare dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai... terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini... huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya...

Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kan…

Then, aku terus termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al-Ahzaab), “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan.

Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber-agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya... di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian ‘pelik’. Pelik... kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor.

Aku terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi-bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-9).

Dan di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi simbol seks dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan pakaian yang baik-baik. Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9): 71).

Ia sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13)

Namun, kini... apa dah jadi ni... para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em... carilah lelaki yang baik-baik...

Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu... peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi.

Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah,Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185)

Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternoda… maka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpa…

Renungilah maksud ayat ini;

Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya

dan ucapkanlah perkataan yang baik(al-Ahzaab (33): 32)

Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah), karena itu mereka tidak di-ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab (33): 59)

Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita.

Maka... jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya... Islam.

Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai jer... Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya.

Em... wanita, jadilah wanita yang baik-baik... demi masa depan anda!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).(Surah an-Nuur (24): 26)

Allahu ‘alam... (habis sudah ku termenung...)

Friday, December 01, 2006

Majlis Ramah Mesra

Ahad 26 Nov lalu, barisan AJK PPIM RSC (Moscow) di RSMU telah mengadakan satu majlis ramah mesra dengan pelajar-pelajar baru di sini. Majlis diadakan untuk memperkenalkan PPIM disamping membuka keahlian kepada mereka yang berminat untuk menyertainya.

Lebih kurang seramai 23 pelajar-pelajar muslim yang terdiri daripada pelajar tahun persediaan (pre-med) dan pelajar tahun pertama telah hadir di majlis yang diadakan di bilik 9-10 itu. Sajian spaghetti serta kek-kek dan koktel bandung menceriakan lagi majlis itu.

Ia dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi PPIM RSC Moscow, Saudara Idham. Beliau menerangkan peranan PPIM ini ditubuhkan serta menceritakan pelbagai program yang telah, sedang dan akan dianjurkan oleh PPIM sendiri.

Kemudian, majlis disusuli dengan jamuan ringkas dan akhir sekali, ramah mesra dengan para hadirin. AJK PPIM juga turut tidak ketinggalan untuk diperkenalkan pada hari itu.

Pada petang itu juga, pihak AJK PPIM juga telah menganugerahkan sijil penghargaan kepada AJK Summer Camp 2006 dan Pasukan Paramedik ke Kusrk2006 atas sumbangan besar mereka dalam menjayakan program dan aktiviti persatuan.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ringkas ini.

Kepada ahli-ahli baru yang ingin terlibat dalam aktiviti persatuan, bolehlah menghubungi YM Ajk seperti dibawah ini:


Paramedik RSMU : Fakhrullah (fakhrullah_2004) & Mazni (loyallotus2000)

Crowd : Afiq (afiq_afar86) & Nadiah Kamaludin (nadiakamaludin)

Imam's Link : Aizuddin (aizuddinyusof) & Alina Hasni (alina_hasni)