Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Moscow) Russia Student Chapter

PPIM-MSC-->Blog ini ditubuhkan pada 18 Mac 2006 'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.' Muhammad:7

Wednesday, November 22, 2006

Imbauan Sejarah

Imbauan Sejarah

Kita suka dengar cerita
Kita suka baca novel
Dan kita suka tengok TV

Sebab kita seronok mendengar cerita

Tapi pelik betul,
bila orang ajar kita sejarah
Kita dengar tapi kita malas ambil perhatian
sejarah dibelajar setakat untuk lulus peperiksaan
tapi untuk masuk dalam hati
untuk direnung ambil pelajaran
kita tak pernah terfikir sejauh itu
Pada kita, sejarah terlalu berlalu,
buat apa mahu dikenang-kenang?
Mulakan kehidupan baru pada hari mendatang!

Itulah satu kesilapan kita!
Satu ketetapan Allah,
Jika tanpa oksigen manusia akan mati,
Begitu juga, jika tanpa iman, Islam takkan bangkit semula!

Kita tengok diri kita sekarang, dan kita imbau sejarah lampau
Kita akan tahu dan sedar,
Kenapa Islam boleh jadi lemah sekarang,
dan bagaimana dahulu islam mampu memimpin sebuah empayar!

Kita belajar dulu
Rasulullah susah-susah nak sampaikan Islam
13 tahun kat Mekah cuma 313 orang sahaja patuh kata baginda
Kita tahu juga
Orang Islam zaman sahabat dulu selalu disiksa
Selalu dipukul dan dihina
semata-mata kerana mereka sayangkan aqidah mereka

Setelah itu apa yang berlaku pada mereka?
Mereka jadi kuat
Jiwa mereka kebal
Iman mereka mantap
Jihad mereka tidak boleh dikalahkan
Di ketika itu kalimah Allah ada di mana-mana
Kerana Islam mengajar mereka,
'Serulah manusia kepada Allah...!!

bergegarlah kaki-kaki mereka dan berderaplah langkah kuda-kuda mereka
berlari-lari menyampaikan kalimah haq
sehinggalah,
Mereka mampu meruntuhkan Empayar Rom
Mereka mampu menjelajah sepertiga dunia
mereka menjadikan Islam sebagai orde baru dunia!

Tapi
Setelah kekayaan melimpah ruah
Setelah kekuasan berleluasa
Ketika itu zaman kegemilangan Islam
Ulama Islam muncul bagaikan cendawan subur
Sumber Ilmu berada di hujung jari sahaja
Tapi lihat apabila Al-Quran dilupakan
Apabila kemewahan menjadi idaman
Apabila jihad menjadi slogan yang tidak diamalkan
Bangsa kuffar mula mengaum kencang
Menjilat dan membaham kita yang sedang jatuh leka

Dan ketika itu,
di saat kelekaan,
mereka mula melancarkan peperangan mereka,
Setelah mereka kalah di Khaibar,
kalah di medan Perang Salib
dan kalah di konstatinople,
mereka bangkit menentang kita habis-habisan

sehinggalah khilafah kita jatuh
dengan dahsyatnya
sehinggga manusia bernama Islam tidak menyedari
bahawa tahun 1924
adalah tahun kematian umat Islam

Tidakkah kita belajar dari sejarah?
Mengapa kita boleh jadi demikian?
Bagaimana satu empayar yang hebat,
yang bertahan selama 1400 tahun yang lampau
hanya boleh jatuh dengan sekelip mata?
Tidakkah itu satu kepelikan?

Tentu tidak jika kita menoleh pada sejarah

Kerana sejarah melabuhkan tinta
Salahudin adalah orang yang tak pernah tinggal tahajudnya
ketika beliau berjaya membebaskan baitul maqdis
Muhamad Al-Fateh orang yang tak pernah tidur
memikirkan bagaimana untuk menawan Konstatinople
Abu Bakar, Umar, Ali, Ustman, Saad Abu Waqqas,
yang hari-hari mereka tidak pernah kering
dari bacaan Quran, dan telaah ilmu dengan Rasulullah.
Hasilnya mereka berjaya menjadi manusia perkasa!

Tapi apabila kita tidak seperti mereka,
di ketika dunia mengelabui mata kita,
di ketika itu saat iman makin melemah,
dan di saat itulah zaman kehancuran kita!

Dan jika perhatikan mengapa di ketika ini kedudukan kita adalah sangat terhina,
Ini adalah kerana
sejarah tak pernah masuk ke dalam hati kita
dan kita tak pernah belajar dari sejarah

Kerana sejarah mengajar kita
untuk membangunkan satu bangsa
untuk melonjakkan sesuatu ummah
Ia bermula dari persoalan mendasar yang sangat agung
iaitu kembali kepada sumber terulung
Quran dan Sunnah yang dipelajari dengan hati yang bersungguh-sungguh!
Serta mengikut jejak Rasul,
bagaimana baginda mampu mendidik
generasi para sahabat baginda yang agung!
Muharikah
Dundee Uni
21/11/06

Friday, November 17, 2006

Apa yg dimaksudkan dgn 'BERIMAN DGN AL-QUR'AN'?



Akhir-akhir ini banyak ilmuan Islam yang mengaitkan penemuan sains dan teknologi dengan al-Qur’an. Pengaitan ini menimbulkan persoalan, adakah ianya penting kepada kita? Atau tidak penting - memadai dengan kita beriman sahaja kepada al-Qur’an?

Iman di sudut bahasa bermaksud percaya, di sudut istilah bermaksud mempercayai sesuatu perkara yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria manusia, akan tetapi dikesan kebenarannya melalui ilmu, akal dan firasat hati. Kebenaran ini diakui oleh si-empunya diri dan dengan itu dia dipanggil sebagai telah beriman dengan perkara tersebut.


Lawan bagi Iman adalah Ingkar (Kafir), di sudut bahasa ia bermaksud menafikan, disudut istilah ia bermaksud menafikan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria manusia, akan tetapi dikesan kebenarannya melalui ilmu, akal dan firasat hati. Namun kebenaran ini tetapi dinafikan oleh si-empunya diri dan kerana itu dia dipanggil sebagai telah mengingkari perkara tersebut.


Sebagai contoh, kita umat Islam beriman kepada Allah sebagai satu-satunya Tuhan sekalian alam. Kita mempercayai Allah bukan kerana kita melihat, mendengar atau menyentuhi-Nya, tetapi adalah kerana dengan ilmu kita menganalisa kejadian alam dan makhluk, dengan akal kita memikirkan logik atau tidak hal ini semua tercipta dgn indah tanpa Penciptanya dan dengan firasat hati kita rasakan kehadiran suatu Sang Pencipta.


Iman adalah sesuatu yang tidak tetap, ia boleh meningkat dan boleh menurun. Naik atau turun tingkat keimanan adalah berkait rapat dengan kadar yang kita gunakan ilmu, akal dan firasat hati untuk mengesan kebenaran perkara yang kita percayai tersebut.


Semakin banyak kita gunakan ilmu, akal dan firasat hati untuk mengkaji alam dan segala apa yang apa padanya, semakin tinggi keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Semakin minimum kita gunakan ilmu, akal dan firasat hati untuk mengkaji alam dan segala apa yang apa padanya, semakin rendah, bahkan mungkin menghampiri nilai sifar, keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Iman kepada Allah akan mencapai nilai yang tertinggi (Haq al-Yakin), iaitu keyakinan yang maksimum, di saat Hari Kiamat apabila dapat melihat Allah ‘Azza wa Jalla dan duduk di sisi-Nya dengan cara yang layak bagi-Nya.


Demikianlah juga tuntutan ke atas kita dalam lain-lain rukun Iman seperti Iman kepada al-Qur’an. Keimanan kita terhadap al-Qur’an bukanlah sekadar mempercayainya, tetapi membuktikan kepercayaan tersebut berdasarkan nilai-nilai ilmu, penalaran akal dan gerak hati. Bertambah banyak nilai ilmu yang terdapat dalam al-Qur’an yang dapat kita temui dan buktikan, bertambah tinggi keimanan kita kepadanya. Ianya tidak akan dapat digoyang oleh gertakan orientalis, da’i kristian atau bisikan syaitan. Berbezalah juga hasil sebaliknya.


Bahkan bukan itu sahaja, pembuktian nilai-nilai ilmu al-Qur’an seperti dalam bidang perubatan, sains, angkasa, biologi, matematik dan pelbagai lagi akan membantu orang-orang "Zaman Sains dan Teknologi" masa kini yang enggan mempercayai sesuatu melainkan ada bukti ilmu di sebaliknya.


Pembuktian nilai-nilai logik di dalam al-Qur’an akan dapat membantu dakwah kita kepada ahli fikir manakala pembuktian gerak hati yang terkandung di dalam al-Qur’an akan membantu dakwah kita kepada orang-orang yang mencari ubat-ubatan bagi memenuhi jiwa mereka yang kosong.


Oleh itu mengkaji nilai-nilai ilmu, logik dan firasat yang terkandung di dalam al-Qur’an adalah merupakan salah satu jalan yang akan menguatkan keimanan kita terhadapnya dan membantu seseorang yang tidak beriman untuk beriman kepadanya. Dan di dalam kaedah usul, apa-apa yang baik, maka jalan-jalan yang mengarahkan kepadanya adalah juga baik dan dituntut.


Maka beriman kepada al-Qur’an boleh dikatakan beriman semata-mata, tetapi adalah lebih afdal jika ia dibuktikan dengan perkara-perkara yang dapat meninggi dan memantapkan nilai keimanan tersebut.

Oleh Hafiz Firdaus Abdullah
http://www.al-firdaus.com/

Wednesday, November 15, 2006

..Untukmu Palestine..

..DIMANAKAH PERANAN KITA??..



Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah


"Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang
menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa." (Ar-Ra'd:16)


Salam..dalam entry yg lepas telah diterangkn secara ringkas apa yg difahami penulis daripada muqaddimah buku 'Apa Erti Saya Menganut Islam?-Fathi Yakan'..dalam entry ni kite sambung lagi dengan bahagian pertama drp buku ni--> 'Saya Mestilah Muslim di sudut Aqidah'..mungkin ada yang tertanya,mengapa perlu diulang2 kembali tentang Aqidah sedang sejak kecil lagi kite telah didedahkan dengan ilmu2 berkaitan Aqidah,"dari kecik sampai besar asyik ulang bende same..dah tau dah pun.." tapi adakah kita tergolong dalam mereka 'yang tahu' atau mereka 'yang faham'? tepuk dada,tanya Iman,jawab sendiri..

Berpegang dengan aqidah yang benar lagi murni adalah SYARAT PERTAMA bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalamAl-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para Imam penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan agama.

Once kite mengaku kite Muslim,kite mestilah cuba sedaya upaya untuk menjadi dan mempraktikkan Islam yg sebenar,bukan separuh2 atau buat mcm pegi shopping kt supermarket,pilih yg mana suka pastu ambik,yg tak suka takyah ambik..

Firman Allah s.w.t yg bmaksud :

"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musoh kamu yang nyata." (2:208)


"Apa yg penting sangat tentang Aqidah ni sampai jadi bab pertama dan sering ditekan2kan sangat?" Aqidah berasal drp perkataan ( 'a-qa-da) yg memberi maksud pegangan.pentingnya Aqidah kepada kite sbg orang muslim ibarat pentingnya tongkat kepada orang buta,malah lebih lagi.Tanpa tongkat,maka terpesonglah jalan,sukarlah melakukan kerja,begitu juga tanpa Aqidah yg teguh,maka tergelincirlah kita,jauhlah dr jalan yg betul..bila jauh drp jalan yg betul,makin jauhlah kite drp Allah,bile jauh daripada Allah,maka makin jauhlah kite drp syurgaNya..bukankah SyurgaNya yg abadi yg kite impikan?? bile ditanya, semua pn mjawab "mestilah nak masuk syurga,sape tanak masuk syurga?"..tapi sejauh mana usaha kite untuk melayakkan diri kite ke syurgaNya??... itu secara ringkasnya..jadi,apa yg perlu kite tau n lakukan untuk memantapkan Aqidah kita?

Ok,kite teruskan..

Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:

  1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
"Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. ( 21 : 22)

..
Cuba kite pandang dari sudut realiti,di sekeliling kite,mana mungkin ada dua orang ketua dalam satu persatuan?mana mungkin ada 2,3,4 big boss dalam sesebuah syarikat? mana mungkin ada 2,3 president dalam sebuah negara? president Palestin,US,UK,semuanye pun sorang aje,PM Malaysia pun sorang aje..bayangkan kalo president/PM ade lebih drp satu mestilah musnah pentadbiran sesebuah negara tu,sorang kate macam tu,sorang kate macam ni,masing2 nak ikut kepala masing..last2 gaduh tak jadi keje,rosak semua..same jugak macam Tuhan,mana mungkin adanya sampai 2,3 Tuhan.Tuhan hanyalah satu,Allah..Dialah yg menciptakan kite,Dialah yg menciptakan alam ni dan mengaturnya,tiada 2 atau tiga..pada Allahlah kite mengharap,tempat kite minta perlindungan,minta kejayaan,rezeki,kesenangan,dan Dialah matlamat pengabdian kite..hanya pada Dia yang satu,bukan 2,3 atau lebih.

  1. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t yg bermaksud :
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)"

..kalo kite betul2 memerhati ayat di atas kite akan faham bahawa ayat ni sebenarnye merupakan ayat tanya dan agak bernada 'melankolik' atau agak sinis..

..Allah tanya kite : patut ke kite anggap yg Allah cipta kite ni sia-sia aje? Sesuka hati je Dia nak cipta kite? and pastu ikut suke hatilah kite nak buat ape pun atas dunia ni? kite nak eksyen dengan die ke,nak buat ape yg kite rase nak buat aje, pastu mintak pulak macam2 dgn Dia? nak kayala,nak hidup senangla,nak jadi hensemla,lawala,sedang kite ingkar..patut ke?

..Lagi Allah tanya : patut ke kite rase yang kite ni takkan di kembalikan padaNya?

memang tak patut kalau kite menyangka macam tu..tapi,kalau memang kite bukan diciptakan sia2,kenape sebenarnye Allah ciptakan kite?


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Al-Zariyat : 56-58)

..inilah dia,tujuan kite diciptakan, untuk beribadat kepada Allah.segala apa yg kite lakukan jika hanya kerana Allah,adalah merupakan Ibadah,samada ibadah khusus(solat,puasa etc) atau ibadat umum(makan,minum etc,even tidur pun..) jika semata2 krn Allah,adalah ibadah..senang bukan?apa jua yg kite lakukan,ikhlaskan niat kerana Allah,Pencipta kite..lakukan dengan rileks n redha..sbb bile kite redha,maka akan sentiasa tenanglah diri kite.,bile kite redha n tenang,ape2 yg xbest jd pada diri kite pun,kite takkan rase resah dan berputus asa,sebab kite yakin dengan Allah,yg merupakan sebaik2 Perancang.

Maha suci Allah yang tak mendamba satu apa pun daripada makhluknya,tak mengharap rezeki,kesenangan,kemewahan,daripada manusia bahkan Allah lah yg memberi rezeki,kesenangan,perlindungan dan segala2nya.daripadaNya kita datang,dan kepadaNyalah kita kembali..

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir." (Ar-Ra'd:3)

"Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Yunus:55)

Wallahua'lam..setakat sini dulu,insyaAllah nanti sambung lagi..moga dapat sama2 dapat manafaatkan dan dapat ambil pengajaran.Moga kite sentiasa tergolong dalam mereka yg sentiasa mendapat rahmat dan hidayahNya,juga tergolong dalam ahli-ahli syurga, insyaAllah..wassalam wrt wbt..

Tuesday, November 14, 2006

Apa Erti Saya Menganut Islam?

Apa Ertinya Saya Menganut Islam?


(Ini merupakan kesimpulan yg dibuat secara ringkas drp apa yg difahami penulis daripada muqaddimah buku 'Apa Erti Saya Menganut Islam')


..Introduction..

Pause…and Ponder..

Bolehkah kita temui penjelasan mengenai alam semesta? Terdapatkah sebarang penjelasan mengenai rahsia kewujudannya? Kita menyedari tiada keluarga yang dapat hidup bahagia tanpa ketua keluarga, tiada sebuah bandaraya yang boleh wujud dengan teratur tanpa adanya pengurusan yang baik, dan tiada negeri boleh berjalan tanpa seorang pemimpinnya. Kita sedar tiada apa yang boleh wujud dengan sendiri.

Lebih dari itu, kita menyaksikan alam semesta wujud dan berfungsi dalam keadaan penuh teratur, dan ia telah wujud sejak berbillion tahun dahulu. Bolehkah kita katakan bahawa semua ini suatu yang berlaku secara tidak sengaja dan tanpa perancangan? Bolehkah kita anggap kewujudan manusia dan seluruh alam hanyalah suatu kebetulan? Manusia hanya sebahagaian kecil dari alam semesta yang besar, dan jika dia boleh merancang dan menghargai kepentingan perancangan, maka kewujudannya dan kewujudan alam semesta semestinya berasaskan kepada suatu perancangan juga.

Ini bermakna ada Satu Kuasa Yang Merekabentuk disebalik kewujudan kita, dan terdapat suatu kuasa luarbiasa yang mewujudkan sesuatu dan membolehkan mereka berkembang secara teratur. Di dalam suatu alam yang indah ini, semestinya ada Maha Pencipta yang merekacipta hasil seni yang indah dan membuat kesemuanya untuk suatu tujuan istimewa dalam hidup ini.

Manusia yang diberikan petunjuk menyedari kewujudan Pencipta ini dan memanggilNya Allah. Dia(Allah) bukan manusia kerana tiada manusia yang boleh mencipta seorang manusia lain. Dia(Allah) bukan suatu haiwan, dan Dia(Allah) juga bukan suatu tumbuhan. Dia(Allah) bukannya suatu berhala atau suatu patung, kerana benda-benda itu tidak berkuasa mencipta diri sendiri mahupun benda-benda lain. Dia(Allah) lain daripada kesemua benda, kerana Dia(Allah) Pembuat dan Penjaga kesemua benda yang lain. Pembuat semestinya berbeza dan lebih hebat daripada benda yang dibuatnya.

Terdapat banyak cara untuk mengenali Allah dan banyak penjelasan yang boleh dibuat mengenaiNya. Keajaiban-keajaiban dan kehebatan yang terdapat di dunia merupakan satu buku terbuka dimana kita dapat membaca mengenaiNya. Selain daripada itu, Allah subhanahuwata’ala membolehkan kita mengenaliNya melalui rasul-rasulNya dan wahyu-wahyu yang diturunkan kepada manusia. Rasul-rasul alaihissalam dan wahyu-wahyu menerangkan kesemua perkara yang memungkinkan kita mengenali Pencipta kita.

Islam bermaksud penerimaan sepenuhnya terhadap kesemua ajaran-ajaran dan petunjuk Pencipta sebagaimana yang diturunkan kepada rasul-rasulNya alaihissalam. Islam mensyaratkan keimanan kepada keesaan dan kekuasan Allah subhanahuwata’ala, yang menyebabkan manusia menyedari erti kewujudan alam semesta dan erti kewujudan dirinya di dalam alam semesta ini. Kepercayaan ini membebaskan manusia daripada semua ketakutan dan kepercayaan karut kerana ianya menyedarkan manusia akan kewujudan Allah Yang Maha Berkuasa dan tanggungjawab mereka kepadaNya.

Keimanan ini mesti diterjemahkan dan diuji dalam bentuk tindakan kerana keimanan sahaja tidak mencukupi. Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa menuntut kita melihat manusia sejagat sebagai sebuah keluarga besar dibawah naungan Yang Maha Pencipta dan Maha Pemberi Rezeki. Islam menolak tanggapan kononnya segolongan manusia adalah kelompok terpilih. Pada masa yang sama, ia mengiktiraf bahawa keimanan kepada Yang Maha Pencipta, dan amalan soleh sahajalah jalan menuju ke syurga. Justeru, perhubungan secara langsung wujud antara Allah dan makhluknya tanpa memerlukan orang tengah.

Harus diingat bahawa Islam bukannya sebuah agama baru. Sebenarnya ia merupakan mesej dan pertunjuk yang sama yang telahpun diwahyukan kepada semua nabi-nabi seperti Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishak, Daud, Musa, Isa, dan Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Namun, mesej yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam adalah Islam yang lengkap, sempurna, dan terakhir.

Berhubung dengan itu, Al-Qur’an ialah wahyu Allah yang menjadi sumber asas ajaran dan syariah Islam. Ia membicarakan asas-asas keimanan, moral, sejarah kemanusian, penyembahan kepada Tuhan, ilmu, kebijaksanaan, hubungan manusia dengan Allah, dan segala aspek kehidupan manusia. Ia mengandung ajaran-ajaran yang lengkap yang boleh dijadikan rujukan untuk membina sistem kehidupan yang baik dan keadilan sosial, ekonomi, politik, perundangan, dan hubungan antarabangsa. Kesemuanya adalah isi penting daripada Al-Qur’an.

Manakala Hadis pula mengandungi didikan-didikan, kata-kata, dan tindakan-tindakan Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam yang dilapor dan dikumpul oleh para sahabat baginda. Ia menerangkan dan menjelaskan ayat-ayat Al-Qur’an.

To be continued.. ('Saya Mestilah Muslim di Sudut Aqidah')

Wednesday, November 08, 2006

rumah terbuka aidilfitri