Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Moscow) Russia Student Chapter

PPIM-MSC-->Blog ini ditubuhkan pada 18 Mac 2006 'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.' Muhammad:7

Monday, October 30, 2006

Salam Aidilfitri daripada Dr Abdul Latiff

Hiba di hati Ramadhan telah pergi

Tahun depan entahkan bertemu lagi

Peluang ke syurga mungkinkah diperolehi ?

Amalan yang tak seberapa adakah di redhai ?

PPIM pusat menyusun jari

Memohon maaf kepada ahli

Yang semakin aktif setiap hari

Syukur kepada Allah Yang Maha terpuji

Indah sungguh suasana puasa

Walaupun jauh di negara Russia

Ibadah dan ukhuwwah seri bercahaya

Di asas iman yang kukuh sentiasa

Di pohon do’a agar berjaya

Menjadikan PPIM wadah perkasa

Buat pelajar nun jauh disana

Akhirnya menjadi doktor bertaqwa

Ingatlah teman, ikhlas dihati

Amalan yang baik diterima ilahi

Jangan dicampur hasad dan dengki

Kelak menyesal dikemudian hari

Hanya Allah matlamat kita

Rasulullah pula contoh yang mulia

Ilmu dan jihad prinsip kita

Ukhuwwah dan mahabbah kita bersaudara

Aidilfitri disambut meriah

Walaupun jauh tiada masalah

Takbir dan tahmid membawa barakah

Tanda kejayaan memuji Allah

PPIM Russia, sangat kurindui

Kenangan manis takkan ku lupai

Rebutia menjadi sejarah suci

Langkah yang mulia kita mulai

Bagi yang turut berserta ke Sabah

Tentulah usaha sangat barakah

Ramai yang di khatan tiada yang mengalah

Kinabalu dan Manukan telah diredah

Ku akhir kalam dengan berdoa

Semoga berjaya dan diberkati Allah

Cemerlang pelajaran, dijadikan mudah

Menjadi sebab kegemilangan Ummah

Wassalam

Abdul Latiff

Syawal 1427

Tuesday, October 24, 2006

Salam Aidilfitri

Ramadhan berlalu begitu pantas sekali. Kini, Aidilfitri tiba sebagai hadiah kemenangan sebulan berpuasa. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan yang lalu kita sama-sama telah dapat menjalankan satu kewajipan Ibadah berpuasa ini dengan baiknya. Insya Allah.

Sepanjang Ramadhan kali ini, PPIM RSC (Moscow) dengan kerjasama komuniti Islam di blok asrama & Kelab UMNO Moscow telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi 'Pesta Bulan Beribadat' ini.
Antara aktiviti-aktiviti itu adalah:

1. Iftar Ramadhan pada setiap hujung minggu, pada hari Ahad.

iftar

bertugas menghidangkan makanan kepada tetamu ketika majlis iftar

2. Tadarus Al-Quran dan Penghayatannya.



muslimin tadarus Al-Quran
muslimah tadarus Al-Quran
3. Kempen Menderma Syiling "kopeek" - untuk disalurkan ke PPIM sendiri bagi menjayakan aktiviti-aktivit sepanjang Ramadhan ini.
4. Kempen Sumbangan Pakaian dan barangan terpakai kepada Warga Muslim Moscow yang memerlukannya.


proses penghantaran dan penyerahan barang sedekah kepada pejabat majlis mufti russia
bergambar bersama imam Blue Mosque Prospekt Mira

Syukur, kesemuanya telah berlangsung dengan baik dan jayanya. Tahniah kepada muslimin dan muslimat yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan yang lalu.Terima kasih juga di ucapkan kepada semua penyumbang yang ikhlas menderma pakaian,seluar,winter jacket dan winter boot kepada faqir miskin dan anak-anak yatim di Rusia ini melalui PPIM.
Semoga program seumpama ini dapat dilakukan lagi pada masa yang akan datang. Semoga juga Ibadah kita sepanjang Ramadhan ini sentiasa diberkatiNya. Ameen...
Akhir kata, sekalian warga PPIM-RSC (Moscow) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Sunday, October 15, 2006

IMAM Entertainment> Ramadhan 1427 Special> Lord of Ramadhan

Saturday, October 07, 2006

Waktu solat bulan September dan Oktober daripada komuniti Islam Moscow

Sempena kedatangan bulan Syawal yang mulia ini, pihak Biro Latihan dan bina insan telah mengedarkan jadual waktu solat dari bilik ke bilik.
Kepada mana-mana pelajar yang tidak dapat jadual tersebut,anda boleh mendapatkannya di sini



Anda boleh klik pada gambar, dan muat turun jadual ini dengan 'save'