Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Moscow) Russia Student Chapter

PPIM-MSC-->Blog ini ditubuhkan pada 18 Mac 2006 'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.' Muhammad:7

Thursday, September 28, 2006

IMAM Entertainment> Ramadhan 1427 Special> Dust is My Bed ; Farshy Al-Turab



Dust is my bed, embraces me and it's my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line...............
Where is my family's love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It's behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed
And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed
Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it's my cure
And for Allah I pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it
And for Allah I pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it.

:: Gastrik bukan alasan tidak puasa ::

Gastrik bukan alasan tidak puasa


Pesakit lewatkan makan sahur dan ketika berbuka elak makanan pedas

GASTRIK tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa meskipun ramai yang beranggapan tidak makan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan asid di dalam perut bertindak balas menyebabkan perut sakit.

Tapi sebenarnya, jika kita memahami sebenarnya apa itu gastrik, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa. Pakar Perubatan Am dan Respiratori Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fazilah Ahmad berkata, gastrik atau peptik ulcer disease (PUD) adalah penyakit yang disebabkan oleh berlakunya lebihan rembesan asid hydroklorik di dalam perut atau hyperacidity yang seterusnya menyebabkan iritasi dan luka di dalam perut.

Begitupun kata Dr Fazilah, dari kajian yang dilakukan tidak pula menunjukkan ketika berpuasa rembesan asid hydroklorik ini bertambah malah didapati puasa boleh mengurangkan rembesan asid ini.

“Begitu juga dengan keadaan hyperacidity, keadaan ini tidak menjadi teruk ketika berpuasa. Malah ketika perang dunia kedua, di mana ramai banduan yang kebuluran, kadar penyakit PUD ini tidak bertambah,” katanya.

Justeru jelas Dr Fazilah, pesakit gastrik berupaya untuk berpuasa. Paling baik katanya, seseorang itu tahu tahap kroniknya penyakit yang mereka hadapi.

“Seeloknya mereka perlu menjalani ujian seperti ujian Endoskopi dan doktor akan dapat menentukan keseriusan tahap gastrik mereka. Mereka juga perlu memastikan dapat rawatan yang sempurna untuk penyakit gastrik itu. Pada masa kini banyak ubat-ubatan yang boleh didapati seperti kumpulan ubat-ubatan H2 antagonist seperti Zantac, tagamet serta ubat PROTON PUMP inhibitors seperti Nexium, Pariet dan sebagainya yang boleh menyembuhkan pesakit ini. Pesakit perlu mengambil rawatan ini ketika berpuasa,” jelasnya.

Begitupun, jika pesakit yang masih berasa sakit di bahagian ulu hati, muntah dan membuang air besar dengan najis berwarna hitam dan sangat busuk walaupun sudah mengambil ubat-ubatan, mereka perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Keadaan ini kata Dr Fazilah, menunjukkan keadaan peptik ulcer mereka menjadi lebih teruk dan mungkin mengalami pendarahan atau perfosi.

“Selain menjalani rawatan perubatan dan mematuhi nasihat doktor, pesakit itu sendiri sebenarnya harus mengambil langkah berjaga-jaga, Antaranya, ketika berbuka mungkin mereka boleh mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi berulang-ulang, lewatkan bersahur, elakkan dari memakan makanan yang pedas dan berempah kerana ini mungkin menerukkan penyakit mereka, elakkan dari meminum minuman berkarbonat atau kandungan kaffine yang tinggi dan sebaik-baiknya berhenti merokok,” katanya.

Gejala

  • Sakit perut dan rasa tidak hadam. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut.
  • Rasa pening kepala.
  • Terasa sakit di ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
  • Loya atau muntah.
  • Badan rasa lemah lesu.
  • Berat badan menurun
  • Najis menjadi hitam atau gelap dan mungkin keluar darah ketika buang air besar yang menunjukkan ulser sudah menyebabkan pendarahan.

    Apa yang perlu anda tahu

  • Gastrik atau nama perubatannya, gastritis secara amnya merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa), tetapi ia juga lazim digunakan untuk menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut.

  • Punca sebenar gastritis ialah jangkitan sejenis bakteria, Helicobacter Pylori atau lebih dikenali sebagai H Pylori yang lazim ditemui pada pesakit gastritis kronik.

  • Saintis masih tidak mengetahui bagaimana bakteria itu menjangkiti manusia.

  • http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Kesihatan/20051015231009/Article/

    :: Muslim tak dilarang nikah bulan Ramadan ::


    Tangguh kahwin ada hikmah, bentuk kesabaran

    DENGAN restu keluarga kedua-dua pihak, saya bertunang dua tahun lalu. Pada masa pertunangan, kami berjanji akan bernikah dalam tempoh dua tahun. Selepas hampir tempoh itu, saya membuat pelbagai persiapan untuk majlis perkahwinan kami. Tetapi, yang memeranjatkan dan membuat saya marah ialah pihak perempuan memohon penangguhan majlis perkahwinan.

    Majlis itu sepatutnya diadakan pada pertengahan bulan ini. Alasan yang diberikan ialah tidak baik berkahwin pada masa itu. Ibu bapa saya pula menerima penangguhan itu tanpa bertanya kepada saya terlebih dulu. Saya amat marah dengan perkara ini kerana mereka membelakangkan saya. Seolah-olah ada sesuatu perkara yang hendak disembunyikan daripada saya.

    Saya ingin berkahwin secepat mungkin kerana sudah membuat persediaan majlis perkahwinan dan mengenali tunang pada tempoh yang lama. Atas perbuatan keluarga tunang, saya sekarang tawar hati dan selalu berasa seperti dipermain-mainkan oleh semua orang termasuk keluarga sendiri. Adakah benar Islam melarang berkahwin pada masa ini.

    Pemuda Kesepian,
    Johor Bahru, Johor.


    PADA Ramadan ini, saya meminta saudara supaya banyak sabar dan menambahkan ibadat kepada Allah. Mohonlah kepada Allah supaya memberi ketenangan jiwa kepada saudara dan sentiasa diberkati-Nya. Memang banyak dugaan dan cabaran pada Ramadan kerana ia adalah bulan pembersihan diri bagi umat Islam.

    Sebenarnya tidak ada larangan yang jelas bagi umat Islam bernikah pada ketika hampir Ramadan atau bulan puasa. Umat Islam boleh bernikah pada ketika itu dan pernikahan yang dijalankan itu jika cukup syaratnya sah di sisi hukum syarak dan boleh didaftarkan mengikut undang-undang. Orang yang di dalam ihram dilarang bernikah atau mewalikan pernikahan.

    Keengganan keluarga tunang dan dipersetujui oleh keluarga saudara sendiri sebenarnya mempunyai hikmah tersendiri yang perlu saudara fikirkan dengan jujur dan ikhlas. Ia sebenarnya adalah petua orang tua dulu yang sedikit sebanyak bertujuan menjaga kepentingan saudara dan tunang.

    Orang tua mempunyai pelbagai hikmah yang tidak mudah difahami anak muda. Oleh itu, jangan cepat melenting dalam reaksi saudara terhadap permasalahan yang timbul. Berbincanglah dengan mereka alasan sebenar kenapa mereka menangguhkan pernikahan saudara itu.

    Mungkin salah satu alasan untuk mengelakkan saudara dikenakan kafarah. Kafarah ialah sejenis denda dikenakan kepada lelaki yang melakukan persetubuhan ketika berpuasa pada siang hari. Mengikut pandangan jumhur ulama, kafarah terbahagi kepada tiga jenis iaitu memerdekakan hamba, berpuasa dan memberi makan kepada orang miskin.

    Dari sudut tertibnya pula keutamaan adalah memerdekakan hamba. Jika tidak mampu memerdekakan hamba kerana hamba tidak ada, maka berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Jika tidak berdaya melakukan puasa dua bulan berturut-turut maka hendaklah memberi makan 60 fakir miskin.

    Sebagai pengantin baru ada kebarangkalian saudara akan terlanjur melakukan persetubuhan pada waktu siang hari Ramadan. Jika diperhatikan hukuman yang ditetapkan bagi perbuatan itu amat berat. Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku keluarga kedua-dua pihak menimbang mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan selepas tamat bulan puasa. Sebenarnya ini adalah tindakan yang bijak bagi menjaga kepentingan saudara juga.

    Mungkin yang membuat saudara terkilan ialah tidak dimaklumkan terlebih dulu dan tiada ketelusan dalam menyatakan alasan penangguhan itu yang menyebabkan saudara marah dan tertipu. Pihak keluarga perlu menjelaskan alasan sebenar bagi mengelakkan kekeliruan sebegini timbul.

    Perbincangan adalah penting di dalam menyelesaikan sebarang permasalahan. Mungkin pihak keluarga segan untuk berbincang perkara ini, tetapi saudara carilah saudara mara yang tua bagi membincangkannya.

    Memandangkan saudara membuat persiapan untuk perkahwinan sejak sekian lama tetapkan satu tarikh baru secepat mungkin seelok-eloknya selepas hari raya nanti. Pernikahan saudara hanya ditangguhkan dan bukannya dibatalkan. Oleh itu, cari ruang untuk berunding dan menyelesaikan masalah yang timbul.

    Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan saudara supaya banyak bersabar dan tidak mudah menuruti nafsu amarah. Selepas berkahwin nanti, saudara dan isteri juga perlu lebih banyak bersabar kerana dalam kehidupan berumah tangga tentulah banyak cabaran dan dugaan. Harunginya dengan keimanan dan ketakwaan. Jika ada sebarang permasalahan berbaliklah kepada agama kerana penyelesaian yang dianjurkan oleh Islam itu adalah penyelesaian terbaik.

  • Penulis ialah Presiden Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Pandangan dan persoalan kemukakan kepada PGSM pada admin@pgsm.org.my, faksimile 03-80259495 atau layari http://www.pgsm.org.my/v2
  • :: Nenek 122 tahun jaga cucu ::

    ALOR STAR: ‘Tok dah tak kuat mengangkatnya dan kena panggil jiran memapahnya ke bilik air," kata Chik Salleh, dipercayai berusia 112 tahun, yang menjaga cucunya, Md Saad Osman, 54.

    Usia melebihi satu abad tidak menghalang Chik menunjukkan kasih sayang terhadap cucunya yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah serta tidak mampu bercakap dengan sempurna sejak kecil.

    Chik yang membahasakan dirinya Tok berkata, mereka berdua bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 selain sumbangan penduduk berhampiran.

    "Tok nak beli kerusi roda untuk memudahkan Md Saad bergerak tetapi tidak mampu,” katanya yang menetap di rumah agak usang di tanah rizab kerajaan di Felda Bukit Tembaga, dekat sini.

    Dalam terbongkok-bongkok, Chik menguruskan cucunya termasuk memandi, menukar pakaian, menyuap makanan selain memasak walaupun beliau sendiri menghidap asma.

    Kehidupan dua bercucu itu serba kekurangan. Sebelum ini, mereka dibantu anak saudaranya, Saad Ishak.

    Saad meninggal dunia tahun lalu, menyebabkan semua tanggungjawab ditanggung Chik seorang. Bantuan RM100 sebulan yang diterima Chik kadangkala tidak mencukupi.

    “Kadangkala kami terpaksa makan nasi berlauk ikan masin,” katanya yang menjaga cucunya itu sejak kecil lagi kerana ibu bapa Md Saad berpindah ke Selama, Perak.

    "Ibu bapanya juga tidak mampu menjaga Md Saad kerana kedua-duanya sakit tua," katanya.

    Chik mendakwa walaupun kad pengenalan menunjukkannya berusia 92 tahun berdasarkan tarikh lahir pada 1914, beliau sebenarnya dilahirkan lebih awal.

    http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Mukadepan/20060928064442/Article/

    Monday, September 25, 2006

    :: Beberapa Permasalahan Fiqh ::

    Soalan 1 : ( luka mbatalkan wudhu'? )


    Assalamu'alaikum

    1. Semasa ambil wudhu' dan berkumur, bila luahkan air kumur tu, warna merah sebab mungkin gusi berdarah. Apa status wudhu'?


    2. SELEPAS selesai ambil wudhu', semasa nak naik tangga masjid, kita meludah dalam longkang, ada darah sebab mungkin gusi berdarah. Apa status wudhu'?

    Jawapan:

    Fiqh 'ala madzhaahib alarba'ah (Fiqh Empat Mazhab):

    • Hanafiah (Ibn Humam, Syarh Fath alQadeer 1/25): Batal wudhu'
    • Hanbali: Tidak batal jika pendarahan itu sedikit dan batal jika darahnya banyak. (banyak/sedikit itu adalah pada uruf/kebiasaan) [al-Muradawi dalam alInsaaf: 2/14]
    • Maliki dan Syafi'iy: tidak batal sama sekali. Berkata Imam syarf an-Nawawi (alMajmoo': 2/54), ini pendapat majoriti kaum salaf, antaranya Ibn Abbas, Ibn Umar, Aisyah dan Abi Hurayra.
    • Tahqeeq (penelitian) Syaikhul Islam asy-Syawkani (as-Sayl 1/97-99)

      Tidak batal wudhu' kerana darah yang keluar dari badan manusia.

      Dalil:
      1. Imam al-Bukhari dari Jabir, bahawa ketika perang Dzatu Riqaa', ada seorang sahabat yg terkena panah dan darah sentiasa mengalir dari badannya, dia menyempurnakan solatnya dalam keadaan begitu. (diriwayatkan juga oleh Ahmad, Abu Daud, dan Daruqutni.
      )

      2. Abu Daud meriwayatkan dari Jabir ra, Dalam satu ekspedisi perang, tentera pimpinan Nabi SAW berkhemah di Syi'b. Sahabat Ansar yang bertugas berjaga malam dipanah oleh musuh ketika sedang solat sebanyak dua kali dan darah mengalir dari kedua luka panahan itu dan dia menyempurnakan solatnya.

    Rumusan:

    Darah dari gusi yg berdarah tidak batal menurut Jumhur (Maliki-Syafi'iy dan Ahmad)

    Pendapat ini dicertify (disahkan) oleh muhaqqeeq Syaikhul Islam asy-Syawkani.

    Soalan 2 : ( kemusykilan tentang solat )

    Assalamualaikum wbt,

    Ustaz,saya inginkan kepastian tentang perkara-perkara berikut:

    1. Yang mana betul cara memberi salam dalam sembahyang :
    i) Tolehkan muka kekanan baru mengucapkan salam atau
    ii) Ucap salam semasa muka kita ke arah hadapan kemudian toleh muka kekanan.

    Jawapan:

    Cara memberi salam:

    • Cara madzhab Syafi'iy: ucap salam dahulu menghadap kiblat, kemudian
      berpaling dan disudahi dgn lafaz warahmatullah.
    • Cara pentahqeeq (Ibn Qayyim): serentak berpaling dan lafaz. Cara ini
      diriwayatkan dari 15 sahabat.


    2. Cara mana lebih baik? Ada orang mengangkat (tangan ) takbir semasa perpindahan dari ruku' ke iktidal, dari iktidal ke sujud, ada orang tak angkat tangannya pun. Dari segi hukumnya pula bagaimana?

    Jawapan:

    Takbir dilakukan semasa:

    a. bila hendak ruku': angkat dua tangan (seperti takbiratul ihram)
    b. bangkit dari ruku' ke i'tidal: angkat dua tangan juga
    c. turun untuk sujud: tidak angkat tangan.

    Cara ini disepakati dalam Syafi'iyah


    3. Adakah betul untuk kita dapatkan khusyuk dalam sembahyang bayangkan ka'abah di depan kita?


    Jawapan:

    • Imam Ibn Qayyim (Madarij as-Saalikin): khusyu' ialah amalan hati (suatu keadaan yang mempengaruhi jiwa dan melahirkan kesan pada zahir)
  • Imam al-Ghazali ra dalam al-Arba'een: ditegah membayangkan Ka'abah walaupun solat di depan Ka'abah. Tumpukan mata pada tempat sujud walaupun engkau buta. Jauhkan dari menggunakan sajadah yang bercorak dan bergambar.

  • wallahu'alam

    LBI PPIM-RSC ( Moscow )

    http://www.al-firdaus.com/index.php?module=ContentExpress&func=display&btitle=CE&mid=&ceid=183

    :: Beberapa Permasalahan Fiqh ::

    Soalan 1 : ( luka mbatalkan wudhu'? )


    Assalamu'alaikum

    1. Semasa ambil wudhu' dan berkumur, bila luahkan air kumur tu, warna merah sebab mungkin gusi berdarah. Apa status wudhu'?


    2. SELEPAS selesai ambil wudhu', semasa nak naik tangga masjid, kita meludah dalam longkang, ada darah sebab mungkin gusi berdarah. Apa status wudhu'?

    Jawapan:

    Fiqh 'ala madzhaahib alarba'ah (Fiqh Empat Mazhab):

    • Hanafiah (Ibn Humam, Syarh Fath alQadeer 1/25): Batal wudhu'
    • Hanbali: Tidak batal jika pendarahan itu sedikit dan batal jika darahnya banyak. (banyak/sedikit itu adalah pada uruf/kebiasaan) [al-Muradawi dalam alInsaaf: 2/14]
    • Maliki dan Syafi'iy: tidak batal sama sekali. Berkata Imam syarf an-Nawawi (alMajmoo': 2/54), ini pendapat majoriti kaum salaf, antaranya Ibn Abbas, Ibn Umar, Aisyah dan Abi Hurayra.
    • Tahqeeq (penelitian) Syaikhul Islam asy-Syawkani (as-Sayl 1/97-99)

      Tidak batal wudhu' kerana darah yang keluar dari badan manusia.

      Dalil:
      1. Imam al-Bukhari dari Jabir, bahawa ketika perang Dzatu Riqaa', ada seorang sahabat yg terkena panah dan darah sentiasa mengalir dari badannya, dia menyempurnakan solatnya dalam keadaan begitu. (diriwayatkan juga oleh Ahmad, Abu Daud, dan Daruqutni.
      )

      2. Abu Daud meriwayatkan dari Jabir ra, Dalam satu ekspedisi perang, tentera pimpinan Nabi SAW berkhemah di Syi'b. Sahabat Ansar yang bertugas berjaga malam dipanah oleh musuh ketika sedang solat sebanyak dua kali dan darah mengalir dari kedua luka panahan itu dan dia menyempurnakan solatnya.

    Rumusan:

    Darah dari gusi yg berdarah tidak batal menurut Jumhur (Maliki-Syafi'iy dan Ahmad)

    Pendapat ini dicertify (disahkan) oleh muhaqqeeq Syaikhul Islam asy-Syawkani.

    Soalan 2 : ( kemusykilan tentang solat )

    Assalamualaikum wbt,

    Ustaz,saya inginkan kepastian tentang perkara-perkara berikut:

    1. Yang mana betul cara memberi salam dalam sembahyang :
    i) Tolehkan muka kekanan baru mengucapkan salam atau
    ii) Ucap salam semasa muka kita ke arah hadapan kemudian toleh muka kekanan.

    Jawapan:

    Cara memberi salam:

    • Cara madzhab Syafi'iy: ucap salam dahulu menghadap kiblat, kemudian
      berpaling dan disudahi dgn lafaz warahmatullah.
    • Cara pentahqeeq (Ibn Qayyim): serentak berpaling dan lafaz. Cara ini
      diriwayatkan dari 15 sahabat.


    2. Cara mana lebih baik? Ada orang mengangkat (tangan ) takbir semasa perpindahan dari ruku' ke iktidal, dari iktidal ke sujud, ada orang tak angkat tangannya pun. Dari segi hukumnya pula bagaimana?

    Jawapan:

    Takbir dilakukan semasa:

    a. bila hendak ruku': angkat dua tangan (seperti takbiratul ihram)
    b. bangkit dari ruku' ke i'tidal: angkat dua tangan juga
    c. turun untuk sujud: tidak angkat tangan.

    Cara ini disepakati dalam Syafi'iyah


    3. Adakah betul untuk kita dapatkan khusyuk dalam sembahyang bayangkan ka'abah di depan kita?


    Jawapan:

    • Imam Ibn Qayyim (Madarij as-Saalikin): khusyu' ialah amalan hati (suatu keadaan yang mempengaruhi jiwa dan melahirkan kesan pada zahir)
  • Imam al-Ghazali ra dalam al-Arba'een: ditegah membayangkan Ka'abah walaupun solat di depan Ka'abah. Tumpukan mata pada tempat sujud walaupun engkau buta. Jauhkan dari menggunakan sajadah yang bercorak dan bergambar.

  • wallahu'alam

    LBI PPIM-RSC ( Moscow )

    http://www.al-firdaus.com/index.php?module=ContentExpress&func=display&btitle=CE&mid=&ceid=183

    Sunday, September 24, 2006

    :: Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah :: ( continued )

    Keempat: Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepat dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebih. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak sukakan orang yang berlebih-lebihan.” [Surah al-`Araf 7:31]

    Di dalam hadithnya baginda shallallahu 'alaihi wasallam menyebut:

    Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertga untuk pernafasan. [Riwayat al-Tirmizi di dalam kitab Sunannya – hadis no: 2302 dan beliau berkata: “Hadith ini hasan sahih.” Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani di dalam Fath al-Bari menyatakan hadith ini hasan]

    Hadith ini telah salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh umatnya jika makan hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadith ini maksudnya bukan demikian. Pembahagian tersebut ialah had maksima, kalau boleh hendaklah kurang daripada itu. Sebab itu baginda menyebut jika tidak dapat, bererti tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

    Kelima: Berdo`a ketika berbuka. Ini berdasarkan hadith Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

    “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, do`a yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” [Riwayat Ibn Majah di dalam kitab Sunannya – hadis no: 1753. Sanadnya pada nilaian hasan ke atas. Salah seorang perawinya, Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur‘ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif]

    Maka kita boleh berdo`a dengan apa sahaja do`a yang kita hajati. Do`a orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan dari kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut: “Hadith di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggunjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota” [Faidh al-Qadir, 2/500]

    Terdapat sebuah do`a yang ditunjukkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ketika berbuka dan disunatkan untuk kita membacanya:

    “Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila berbuka, baginda bersabda: “Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insyaAllah.” [Riwayat Abu Daud di dalam kitab Sunannya – hadis no: 2010, sanadnya hasan]

    Keenam: Berdo`a kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka sebagaimana terang Anas bin Malik:

    “Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah datang kepada (rumah) Sa`ad bin `Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: “Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” [Riwayat Abu Daud, al-Diya al-Maqdisi di dalam al-Ahadith al-Mukhtarah 5/518 menyatakan ianya sahih]

    Maka berdo`alah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

    Demikianlah antara adab-adab berbuka puasa yang terkandung di dalam sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Semoga pengamalan adab-adab ini akan menambahkan lagi pahala puasa kita.

    Wallahua'lam..

    LBI PPIM-RSC(Moscow)

    http://al-firdaus.com/RisalahPuasa/new/enam.htm

    :: Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah ::

    Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah


    "Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas".

    Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

    Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas. [Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut]

    Apa yang penting di dalam bulan Ramadhan ialah adab-adab ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang iaitu al-Quran atau al-Sunnah. Dalam artikel ini penulis ingin memberi perhatian kepada adab-adab berbuka puasa. Di antaranya adalah:

    Pertama: Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadith-hadith yang menyebut perkara ini, antaranya daripada Sahl bin Sa`d, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    "Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa" [Riwayat al-Bukhari dan Muslim, rujuk Shahih al-Bukhari – hadis no: 1957]

    Hadith ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata al-Tibi (meninggal 743H):

    Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ianya menyanggahi ahli bid`ah yang berpendapat wajib melewatkannya. [al-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut]

    Kedua: Berbuka Puasa dengan rutab, tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ianya kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ianya mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadith daripada Anas katanya:

    Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. [Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, katanya hadith ini hasan. Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadith ini, lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah]

    Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

    Hadith ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar dan sekiranya tiada maka dengan air … Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ianya menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. [al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut]

    Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

    Ketiga: Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan rutab, tamar atau air sekiranya makanan belum dihidangkan.

    Hadith yang kita nyatakan di atas menunjukkan baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berbuka dengan rutab, tamar atau air sebelum bersolat maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadith-hadith baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, antaranya daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

    "Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ianya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim, rujuk Shahih al-Bukhari – hadis no: 672]

    Dalam hadith yang lain daripada `Abd Allah bin `Umar, baginda bersabda:

    "Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim, rujuk Shahih al-Bukhari – hadis no: 674]

    Riwayat di atas juga menambah:

    "Bahawa Ibn `Umar apabila dihidangkan untuknya makanan manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sedang beliau mendengar bacaan imam."

    Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): “Di dalam hadith-hadith tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.” [al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut]

    Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunnah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut: “Hadith tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat maghrib. Namun ianya juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.” [al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir]

    Malangnya ada di kalangan orang yang kurang faham lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jamaah. Inilah punca kedangkalan meneliti hadith-hadith Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

    Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

    Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabah) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jamaah. [Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut]

    bersambung..

    http://al-firdaus.com/RisalahPuasa/new/enam.htm

    :: buat renungan bersama ::

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya." (Hadis sahih lighairihi, riwayat Malik, al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nasr, Ibnu Hazm. Disahihkan oleh syeikh Salim al-Hilali dalam Ta’zim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm.12-13.)

    Firman Allah yg bermaksud:

    "Jangan kamu ikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan dipersoalkan." (Suarah al-Isra' ayat 37).

    wallahua'lam..

    Friday, September 22, 2006

    :: TETAMU TERAKHIR ::


    Saudaraku, tahukah siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungimu? Tahukah anda apa tujuan ia menziarahi dan menemuimu? Apakah hajatnya darimu?

    Ketahuilah! Ia tidak datang kerana dahagakan hartamu, atau kerana ingin menikmati hidangan lazat bersamamu, atau meminta bantuanmu untuk membayar hutangnya, atau memintamu memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu ia selesaikan!!

    Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut!

    Walaupun anda tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, anda tidak dapat mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu!!

    Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk, atau meminta izin, dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang. Ia akan datang bila-bila dan dalam keadaan apapun; ketika kamu sedang sibuk ataupun lapang, sedang sehat ataupun sedang sakit, semasa kamu masih kaya ataupun sedang melarat, ketika kamu sedang bemusafir atau pun tinggal di tempatmu.!!

    Saudaraku! Pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah. Ia tidak akan terpengaruh oleh ucapan-ucapan dan tangismu bahkan oleh jeritanmu dan sahabat-sahabat yang menolongmu. Ia tidak akan memberimu kesempatan untuk menilai semula perhitungan-perhitunganmu dan meninjau kembali urusanmu!

    Kalau pun kamu berusaha memberinya hadiah atau menyogoknya, ia tidak akan menerimanya sebab seluruh hartamu itu tidak bererti apa-apa baginya dan tidak membuatnya mundur dari tujuannya!

    Sungguh! Ia hanya menginginkan dirimu saja, bukan orang lain! Ia menginginkanmu semuanya bukan separuh badanmu! Ia ingin membinasakanmu! Ia ingin kematian dan mencabut nyawamu! Menghancurkan raga dan mematikan tubuhmu! Dia lah malaikat maut!!!

    Allah s.w.t berfirman, ertinya:

    "Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan." (QS. As-Sajadah: 11)

    Dan firman-Nya, artinya:


    "Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya." (QS. Al-An'am: 61)

    Kereta Usia

    Tahukah kamu bahawa kunjungan Malaikat Maut merupakan sesuatu yang pasti? Tahukah kamu bahawa kita semua menjadi musafir di tempat ini? Sang musafir hampir mencapai tujuannya dan mengekang kendaraannya untuk berhenti?

    Tahukah kamu bahwa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan 'kereta usia' sudah mendekati destinasi terakhirnya? Sebahagian orang soleh mendengar tangisan seseorang atas kematian temannya, lalu ia berkata dalam hatinya, "Aneh, kenapa ada kaum yang akan menjadi musafir menangisi musafir lain yang sudah sampai ke tempat tinggalnya?"

    Berhati-hatilah!

    Semoga kita tidak termasuk orang yang Allah s.w.t. sebutkan, mafhumnya:

    "Bagaimanakah (keadaan mereka) apabila Malaikat (Maut) mencabut nyawa mereka seraya memukul muka mereka dan punggung mereka?" (QS. Muhammad: 27)

    Atau firman-Nya, mafhumnya:

    "(Iaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata), ‘Kami sekali-kali tidak ada mengerjakan sesuatu kejahatan pun." (Malaikat menjawab), "Ada, sesungguh-nya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan. "Maka masuklah ke pintu-pintu neraka Jahannam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu." (QS. An-Nahl: 28-29)

    Tahukah kamu bahwa kunjungan Malaikat Maut kepadamu akan mengakhiri hidupmu? Menyudahi aktivitimu? Dan menutup lembaran-lembaran amalmu?

    Tahukah kamu, setelah kunjungan-nya itu kamu tidak akan dapat lagi melakukan satu kebaikan pun? Tidak dapat melakukan shalat dua raka'at? Tidak dapat membaca satu ayat pun dari kitab-Nya? Tidak dapat bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, beristighfar walau pun sekali? Tidak dapat berpuasa walaupun sehari? Bersedekah dengan sesuatu meskipun sedikit? Tidak dapat melakukan haji dan umrah? Tidak dapat berbuat baik kepada kerabat atau pun tetangga?

    ‘Kontrak' amalmu sudah berakhir dan engkau hanya menunggu perhitungan dan pembalasan atas kebaikan atau keburukanmu!!

    Allah s.w.t. berfirman, artinya:


    "(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, "Ya Tuhanku, kembalikan lah aku (ke dunia)." Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak. Sesungguh-nya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan." (QS. Al-Mu'minun: 99-100)

    Persiapkanlah Dirimu!

    Mana persiapanmu untuk menemui Malaikat Maut? Mana persiapanmu untuk menyongsong huru-hara setelahnya; di alam kubur ketika menghadapi pertanyaan, ketika di Padang Mahsyar, ketika hari Hisab, ketika ditimbang, ketika diperlihatkan lembaran amal kebaikan, ketika melintasi Shirath dan berdiri di hadapan Allah Al-Jabbar?

    Dari ‘Adi bin Hatim r.a. dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,


    "Tidak seorang pun dari kamu melainkan akan diajak bicara oleh Allah pada hari Kiamat, tidak ada penterjemah antara dirinya dan Dia, lalu ia memandang yang lebih beruntung darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah diberikannya dan memandang yang lebih sial darinya, maka ia tidak melihat selain apa yang telah diberikannya. Lalu memandang di hadapannya, maka ia tidak melihat selain neraka yang berada di hadapan mukanya. Kerana itu, takutlah api neraka walau pun dengan sebelah biji kurma dan walau pun dengan ucapan yang baik." (Muttafaqun 'alaih)


    Hitungkanlah Dirimu!


    Saudaraku, bermuhasabahlah ke atas dirimu di saat masa lapang mu, fikirkanlah betapa cepat akan berakhirnya masa hidupmu, bekerjalah dengan sungguh-sungguh di masa lapangmu untuk masa sulit dan keperluanmu, renungkanlah sebelum melakukan suatu pekerjaan yang kelak akan dicatit di lembaran amalmu.

    Di mana harta benda yang telah kau kumpulkan? Apakah ia dapat menyelamatkanmu dari cubaan dan huru-hara itu? Sungguh, tidak! Kamu akan meninggalkannya untuk orang yang tidak pernah menyanjungmu dan maju dengan membawa dosa kepada Yang tidak akan bertolak ansur denganmu!

    Saringan dari artikel yang dari www.alsofwah.or.id dari artikel Az-Zâ'ir Al-Akhîr karya Khalid bin Abu Shalih oleh Abu Shofiyyah.

    Sumber : http://darulkautsar.com/santapanrohani/maut.htm

    LBI PPIM-RSC (Moscow)

    Thursday, September 21, 2006

    :: Hukum Puasa Hari Syak ::

    Soalan : ( Hukum Puasa Hari Syak )

    nak tanya pasal hukum puasa pada hari syak... contohnya hari 29 Syaaban ... sah atau tidak kalau seseorang puasa nazar pada hari tersebut... kalau tidak sah, adakan dia perlu ulang balik puasa nazar tersebut?

    a_me

    Jawapan :

    wa'alaikumussalam

    Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan a_me dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

    Hari syak menurut mazhab Syafie, Qaul masyhur Maliki dan Hanbali ialah pada 30 Sya'ban, dan Mazhab Hanafi mengatakan bahawa hari syak ialah hari terakhir dibulan Sya'ban. Hukum berpuasa menurut mazhab-mazhab ini berkisar dari Markruh sehinggalah ke Haram berpuasa. Ini terdapat didalam sebuah hadith dari Abu Hurairah ra :

    "Jangan kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa satu atau dua hari, melainkan seseorang yang biasa berpuasa, maka berpuasalah dia (teruskan berpuasa)" - [Hadith diriwayatkan oleh enam-enam Imam].

    Hukum berpuasa pada hari syak menurut empat mazhab adalah :

    (a) Hanafi - Makruh Tahrim (hampir haram)
    (b) Maliki - Makruh
    (c) Hanbali - Makruh
    {d) Syafie - Haram

    Hukum haram berpuasa bagi mazhab Syafie berdasarkan kepada hadith dari Ammar bin Yasir ra:

    "Barangsiapa yang berpuasa dihari syak, maka telah menderhaka kepada Abu Al-Qaasim (Muhammad saw)" - [Hadith diriwayatkan oleh sunan yang empat, Sahih Tirmudzi dan lain-lain].

    Walaubagaimanapun, Mazhab Syafie (Fiqh Al-Islami 2/581) boleh (harus) berpuasa jika disebabkan oleh sebab yang memerlukan berpuasa, seperti puasa NAZAR, puasa KIFARAT dan puasa QADA'. Ia dikatakan untuk melepaskan tanggungan seseorang itu dengan kadar yang segera.-[Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu 2/581].

    Menurut Sheikh Abdul Rahman Al-Jaziry pengarang buku terkenal AlFiqh 'Ala Mazaahib Al-Arba'ah, katanya :-

    "Tidak termasuk didalam haram berpuasa jika puasanya disebabkan keperluan untuk berpuasa, seperti Nazar, Qada', atau kebiasaan, sebagaimana orang yang biasa berpuasa pada setiap hari Khamis, kemudian ia berkebetulan berlaku dihari Syak" -[Al-Fiqh 'Ala Mazaahib Al-Arba'ah 1/445]

    Kesimpulannya, jika puasa tersebut adalah puasa nazar, maka puasanya sah dan tidak perlu diganti menurut mazhab Syafie. Larangan berpuasa ini adalah terhadap puasa-puasa sunat.

    wallahu'alam

    -wasssalam-
    --------------
    Rujukan :

    1. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - II Cetakan ke 3. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 580-582.

    2. Abdul Rahman Al-Jaziry. AlFiqh 'Ala Mazaahib Al-Arba'ah - I. Kaherah : Dar Al-Manar, 1999. ms 445.

    Sumber :

    http://al-ahkam.net dlm soaljawab puasa

    Juga boleh dirujuk di :

    http://www.islamonline.net/English/ramadan1422/2001/fiqh/fiqh16.shtml

    Wallahua'lam

    LBI PPIM-RSC (Moscow)

    :: Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa ? ::

    Salam wrt,kpd yg masih ragu2 tentang perkara2 yg tidak membatalkan puasa,saya nak kongsi satu lagi discussion tentang perkara ni,moga bermanafaat utk kite semua insyaAllah.. :

    Soalan :

    Assalamu 'alaikum !
    Berikut adalah petikan drp url : http://www.ppim.org.my/view_artikel.php?artikel=20031022umum-ramadhan&title=umum

    Ramadhan

    Assalamualaikum
    To share with you all on the topic
    ( From the 9th Fiqh-Medical Seminar, convened at Casablanca, Morocco, during 8-11 Safar 1418, corresponding to 14-17 June 1997, under the eminent auspices of the Commander of the Faith- ful, His Majesty King Hassan II. The theme of the seminar was "An Islamic View of Certain Contemporary Medical Issues", and it was held jointly with the Hassan II Institute for Scientific and Medical Research on Ramadhan, the ISESCO, the Islamic Fiqh Academy, and the World Health Organisation Regional Office.)

    3. Substances and actions that nullify the fasting

    According to the Quran and the authentic Sunnah of the prophet (pbuh) three actions nullify fasting: eating, drinking and sexual intercourse.(rujuk
    [al-Baqarah 2:187] )Therefore, the passing of any solid or liquid sybstance that can be described as food or drink, in any quantity through the gullet would nullify fasting.


    Accordingly, the p.articipants agreed unanimously that the following do not nullify fasting.


    1. Eye and ear drops, and ear wash.
    2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.
    3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor's or midwife's fingers during pelvic examination.
    4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
    5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.
    6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception ofintravenous feeding.
    7. Blood donation or receiving blood transfusion.
    8. Oxygen and anaesthetic gases.
    9. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.
    10. Drawing blood samples for laboratory testing.
    11. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
    12. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
    13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.
    14. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
    15. Biopsy of the liver or other organs.

    A majority of participants added the following:
    1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.
    2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.
    3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.
    4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.
    5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.

    Burhanudin
    Watford
    , UK

    Soalannya, Adakah persefahaman pakar-pakar ini di atas fiqah tarjih , dan bolehkah kita di Malaysia yg bermazhab Syafie menggunakannya ? Sebab biasa nya apa yang di pelajari , memasukkan sesuatu dalam rongga di kira batal puasa .
    Maaf kalau ini soalan ulangan .

    Wassalam..

    Jawapan :

    wa'alaikumussalam. Ramadhan Mubarak!

    Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab pertanyaan diatas dengar kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

    Keputusan yang telah dicapai didalam seminar "An Islamic View of Certain Contemporary Medical Issues" menepati Fiqh Tarjih dan juga Fiqh Taysir (ringan/mudah). Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa yang disenaraikan diatas disokong oleh ulama-ulama kontempori dan lama termasuklah Shiekh Al-Islam Ibn Taimiyah, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Atiyah Saqr, Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid, Sheikh Ibn Utsaimin, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz dan lain-lain. Malahan perkara seperti suntikan ini pernah difatwakan hukumnya tidak membatalkan puasa oleh Sheikh Mohammad Bakhiet Al-Mutiei pada tahun 1919.

    Anda boleh melihat cebisan petikan-petikan fatwa mereka yang kami petik didalam menjawab beberapa Soaljawab Al-Ahkam (sila gunakan pilihan Search keatas Jawapan Soaljawab Feqh ).

    Berapa kesimpulan yang boleh diambil dari keputusan para ulama, diantaranya adalah :-

    1. Alat-alat (barangan) tersebut digunakan menyalurkan ubat - tujuan perubatan
    2. Ia tidak bertujuan memasukkan makanan.
    3. Alat-alat tersebut tidak sampai ke perut.
    4. Ubatan seperti ubat titisan mata atau telinga walaupun sampai keperut, ia tidak melalui rongga yang biasa.

    Pada asasnya, seseorang itu berpuasa untuk menahan diri dari syahwat perut dan syahwat seks. Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan bahawa seseorang yang berpuasa haruslah merasa lapar dan dahaga. Ubatan-ubat melalui suntikan, ubat mata dan sebagainya bukanlah bertujuan melegakan dahaga dan mengenyangkan seseorang. Beliau memetik kata-kata Ibn Taimiyah didalam fatwanya :

    "Sesungguhnya celak sama sekali tidak memasukkan makan dan tidak ada seorangpun yang memasukkan celak kedalam perutnya, baik melalui hidung atau mulutnya, dan begitu juga dengan suntikan, alat ini tidak membawa makanan kedalam tubuh seseorang, malah ia mengosongkan sesuatu yang ada didalamnya, seperti orang yang menghidu bau busuk, atau terkejut dan takut yang boleh mengerakkan perut, padahal ia tidak sampai ke perut".

    Keringanan ini memudahkan bagi mereka yang sakit yang mempunyai kemampuan untuk berpuasa. Sebagai contoh, mereka yang mengidap penyakit asma yang memerlukan inhaler, sampai bila-bila pun ia tidak akan dapat berpuasa, sedangkan ia mempunyai kekuatan untuk berpuasa. Dengan berpandukan pandangan diatas, dapat pesakit-pesakit asma ini berpuasa. Moga-moga pandangan diatas dapat merealisasikan firman Allah swt :-


    "..Dan berpuasa itu lebih baik bagimu (dari bayar fidyah) jika kamu mengetahui." - [Surah Al-Baqarah 2:184]

    Insyaallah, kita di Malaysia yang kebanyakkannya bermazhab Syafie boleh menggunakan pandangan dan fatwa diatas, malahan ramai Shiekh-Sheikh Al-Azhar yang bermazhab Syafie mempersetujui pandangan diatas.

    wallahu'alam, wassalam.
    ----------
    Rujukan :

    1. Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Mu'asyirah - I. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001. ms 325-328.

    Bacaan yang boleh anda rujuk :

    1. Sheikh Salih Al-Munajjid. Things that invalidate the fast . url : http://63.175.194.25/index.php?ds=qa&lv=browse&QR=38023&dgn=4&ln=eng

    2. Sheikh Atiyah Saqr. What Invalidates the Fast. url : [/i]. url : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=21952

    Firman Allah s.w.t :

    "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu.

    Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (al-Sunnah) - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [al-Nisa’ 4:59]

    Sumber:

    http://www.ppim.org.my/view_artikel.php?artikel=20031022umum-ramadhan&title=umum

    http://al-ahkam.net (dalam Soaljawab puasa)

    Wallahua'lam

    LBI PPIM-RSC (Moscow)

    Wednesday, September 20, 2006

    :: Projek pengumpulan syiling kopeek ::


    Anda mempunyai banyak syiling kopeek di dalam tabung anda?
    Duit syiling tersebut tidak laku di mata Sri Ram atau Mansur(pekedai ground floor),kvartal,ashan dll?
    Duit syiling tersebut terbiar dia dalam tabung anda?
    Anda ingin melabur di jalan Allah dengan duit tersebut?
    Anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan syiling kopeek anda?

    Sukacita dimaklumkan PPIM-RSC(Moscow) akan mengadakan kutipan syiling kopeek anda secara berterusan.Duit-duit tersebut akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti persatuan contohnya dalam waktu terdekat sempena Ramadhan dan Syawal.

    Syiling sasaran: 50 kopeek dan ke bawah

    Apa tunggu lagi?Salurkan niat ikhlas anda kepada:

    Ahmad Fakhrullah Annuar (6-04)
    Amirah Abdul Wahab (10-08)




    Semoga Allah memberikan ganjaran kepada anda.Insya Allah.

    Maksud bacaan di dalam solat

    Adakah kita benar-benar khusyuk dalam solat?
    Adakah kita memahami setiap apa yang dibaca di dalam solat?
    Tahukah anda memahami setiap bacaan di dalam solat boleh menambah kekhusyukan kita di dalam solat.

    Semoga artikel ini dapat membantu anda menambah kekhusyukan anda di dalam solat

    Takbiratul-Ihram & Takbir
    Allah Maha Besar.

    Doa Iftitah
    Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

    Al-Fatihah
    Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

    Bacaan ketika rukuk
    Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

    Bacaan ketika bangun dari rukuk
    Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

    Bacaan ketika iktidal
    Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

    Bacaan ketika sujud
    Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


    Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
    Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

    Bacaan ketika Tahiyat Awal
    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

    Doa Qunut
    Ya Allah,berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya

    Sumber dari Biro Akademik PPIM-RC(Moscow)

    :: Lagi kemusykilan tentang puasa ::


    Soalan 1 : (Makruh mandi selepas Asar di bulan Ramadhan?)

    a'kum

    Adakah benar makruh hukumnya jika mandi selepas masuk waktu Asar sehinggalah sebelum masuknya waktu Maghrib ketika sedang berpuasa ?

    Jawapan :

    wa'alaikumussalam

    Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan sdr squid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

    Tidak benar kenyataan yang mengatakan makruh hukumnya mandi selepas waktu Asar semasa menjalani ibadat puasa. Malah membasahkan kepala dan berkumur-kumur pernah dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabat untuk meredakan rasa hawa kepanasan (menyejukkan). Diriwayatkan dari salah seorang sahabat ra :-

    "Aku melihat Rasulullah saw menuangkan air diatas kepalanya semasa beliau sedang berpuasa kerana kehausan atau kepanasan" -[Hadith riwayat Abu Daud #2365, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih Abi Daud]

    Didalam 'Awn al-Ma'bud menyatakan bahawa ini bermakna dibenarkan oleh syara' bagi seseorang yang sedang berpuasa melegakan dirinya dengan cara menuangkan air dikepala atau dikeseluruhan badannya. Tegasnya :

    "Ini adalah pandangan jumhur, dan mereka tidak membezakan diantara mandi yang wajib atau yang digalakkan atau dibenarkan"

    Syeikh al-Qaradhawi didalam Fiqh Shiyaam memetik beberapa catatan Imam al-Bukhari didalam kitab sahihnya (Bab Mandinya orang berpuasa) dan salah satu catitan tersebut menceritakan bahawa:-

    "Ibn Umar pernah membasahkan pakaian dan melekapkan/menampal pada dirinya semasa dia sedang berpuasa."

    Dari hadith dan amalan para sahabat jelas menunjukkan Islam membenarkan umatnya melegakan diri dengan membasahkan kepala atau mandi bagi tujuan menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan. Malah jika dikaji dengan teliti, banyak lagi kemudahan yang Islam berikan kepada umatnya bagi membantu mereka melakukan ibadat berpuasa dengan sebaik mungkin. WA.

    wassalam

    ===============

    Rujukan :

    1. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam : taisir al-fiqh fi dhau' al-Quran wa al-Sunnah. cetakan ke 3 : Beirut : Mua'asasah al-Risalah, 2001. ms 94.

    Soalan 2 : Pakai lip balm time puasa

    Disini saya ada satu soalan ringkas. Boleh ka kita menyapu LIP BALM or lip mosturizer pada bibir, terutamanya bila bulan puasa jatuh pada musim sejuk/winter dimana bibir selalunya merekah-rekah (blistering). JZKK

    Elyn,Aus.

    Jawapan :

    wa'alaikumussalam

    Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak kepada sdri Elyn dari Australia. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar yang mampu, Insyaallah.

    Lip balm memang diperlukan pada masa musim sejuk bagi mengelakkan bibir merekah. Penggunaan cream ini tidaklah membatalkan puasa, kerana kaedah ini boleh disamakan dengan pandangan Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah mengenai penggunaan celak pada bulan puasa. Pandangan Sheikh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa celak (kohl) tidak membatalkan puasa, walaupun rasa celak sampai kepada tekak . Mengulas pandangan ini, bekas Grand Mufti Arab Saudi, Sheikh ibn Utsaimin menyimpulkan didalam kitab Al-Sharh al-Mumti’, 6/382 :

    "Ini bukan dinamakan Makanan atau Minuman, dan ia bukan seperti makanan dan minuman, dam kesannya tidak sama sebagaimana makanan dan minuman"

    Ulama'-ulama' menggunakan pandangan ini bagi membenarkan penggunaan ubat titisan mata (eyedrops) dan telinga pada masa siang hari puasa tanpa membatalkannya. wallahu'alam.

    wassalam.
    -----------
    Rujukan :

    1. Abdul Rahman Muhammad bin Qasim. Majmu' Fataawa Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah - 25 Mekah : Percetakan Hukumah, 1969. ms 233.

    2. Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Sharh al-Mumti’ - 6. Riyad : Muaasasah Risaalah. ms 382

    Soalan 3 : Bilakah waktu imsak?

    assalamu 'alaikum

    ada satu soalan...
    apakah yg dimaksudkan dgn 'waktu imsak' ?

    confuse sebab..
    ada yg kata start puasa bila masuk waktu imsak (10 minit sblm subuh)
    ada pulak yg kata start puasa bila azan subuh

    terima kasih

    Jawapan I :

    Imsak dari segi istilah membawa maksud menahan diri dari makan dan minum.

    Di Malaysia, imsak adalah 10 minit sebelum waktu subuh. Sebenarnya tidak perlu adanya imsak kerana di Malaysia waktu dan jam masuk waktu Subuh sudah diketahui dengan jelas.(maknanya,menurut pendapat yang sahih,berhenti makan hanya apabila tibanya waktu Subuh,bukan 10 minit sebelum subuh)

    Firman Allah 'Azza wa Jalla:

    "Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar." (Surah al-Baqarah 2:187)

    Jawapan II :

    wa'alaikumussalam. JKK Ustaz Ziyad. Tambahan sedikit kepada jawapan diatas.

    Malahan, apabila makan masih berada ditangan, dan azan telah dilaungkan, kita disunnatkan menghabiskan hajat kita. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra secara marfu':-

    "Apabila salah seorang dari kamu yang mendengar azan dan pinggan masih ada ditangan, janganlah diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" - [Riwayat al-Hakim, dab disahihkan menurut syarat Muslim, dipersetujui oleh Al-Zahabi 1/426].

    A'isyah meriwayatkan bahawa Bilal suatu malam melaungkan azan, lalu Rasulullah saw bersabda :-

    "Makan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum azan, dan ia tidak melaungkan azan sehingga terbut fajar" - [Riwayat Bukhaari didalam al-Shiyaam]

    Komentar al-Qaradhawi :-

    "Disini kita mengetahui bahawa perkara yang berkaitan dengan fajar, bukanlah dihitung menurut minit, dan sa'at, sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai pada masa ini, perkara ini agak luas, flexible dan toleran, sebagaimana yang dipegang oleh ramai dari golongan al-salaf al-Soleh dan sahabat dan tabiin.

    Dan apa yang biasa dilakukan oleh orang ramai dikalangan orang Islam ialah, waktu Imsak ialah beberapa minit sebelum subuh, sebagai langkah berhati2, dimana perkara ini bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan Sahabatnya, dan tulisan2 di suratkhabar, kalender dan jadual waktu Imsak merupakan perkara yang harus diinkar" - [Fiqh al-Shiyaam : taisir al-fiqh fi dhau' al-Quran wa al-Sunnah. cetakan ke 3, Beirut : Muaasasah Risalah, 2001. ms 118]. WA.

    Insyaallah, pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ini menjelaskan bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang rigid, yang menyusahkan umatnya dengan ibadat berpuasa. Konsep puasa didalam Islam ini mudah, ia menggalakkan umatnya bersegera untuk berbuka dan melambatkan waktu sahur.

    wassalam

    Wallahua'lam

    Sumber : http://al-ahkam.net dalam soaljawab puasa.

    LBI PPIM-RSC(Moscow)

    Tuesday, September 19, 2006

    :: Beberapa kemusykilan tentang puasa ::



    SOALAN 1 :
    (muntah membatalkan puasa?)

    Seingat saya semasa belajar sekolah dahulu muntah adalah satu perkara yang membatalkan puasa. Bolehkah ustaz huraikan muntah yang macamana yang dikategorikan sebagai membatalkan puasa ? terima kasih.

    JAWAPAN :

    Memang benar fiqh yg kita belajar di sekolah dulu adalah fiqh spoon feeding (atau fiqh untuk lulus periksa) dan fiqh jenis ini perlu diperbaharui semula dengan lebih sistematis. Manakala fiqh untuk amalan harian sebagai mukallaf (orang dewasa yg dipertanggujawabkan) adalah melalui dalil dan rasional.

    Adapun muntah yg membatalkan puasa ialah puasa yg disengajakan. Dalil: HR asyhabu Sunnan dari Abu Hurairah ra," barangsiapa yg terpaksa muntah, tidak wajib qadha'" disahkan oleh alHakim. Fiqh Sunnah

    SOALAN 2: (mengorek telinga/hidung mbatalkan puasa?)

    Adakah mengorek telinga/hidung untuk tujuan membersihkan (mungkin krn tidak selesa) itu membatalkan puasa? Apa yg dimaksudkan dengan memasukkan sesuatu ke dlm rongga yg membatalkan puasa?

    JAWAPAN :

    Mengorek telinga dan hidung tidak membatalkan puasa. Maksud memasukkan sesuatu ke dalam rongga ialah memasukkan makanan dgn tujuan menghilangkan lapar dan dahaga. Fiqh sunnah

    SOALAN 3: (Mgunakan inhaler ketika bpuasa)

    Ustaz,saya seorang yang mengidap penyakit lelah dan menggunakan sejenis ubat berbentuk gas yang diletakkan pada bibir saya dan menyedut gas yang dikeluaran untuk melegakan rasa lelah yang saya alami. Kemuskilan saya ustaz, adakah batal puasa saya jika saya mengunakan rawatan tersebut ketika saya sedang berpuasa?.Sekian harap maklum.

    JAWAPAN :

    Bagi pesakit athma atau lelah, amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

    Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskan

    Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk..

    Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

    SOALAN 4 : (puasa ganti/qadha' boleh berganda?)

    salamz..

    ada sorang hamba Allah bgtau ana, bila hendak mengadha' puasa, namun, sewaktu qadha' itu, puasa terbatal atau tidak jadi meneruskan dsb, maka adakah PUASA QADHA' YG X JADI tu pun kena diganti? maknanye kalau sepatutnye 6 hari je, die akan jadi 7 hari?

    mgkin dia beralasan dgn dakwaan BHW PUASA ITU JUGA ADALAH WAJIB, so perlu nya juga utk diganti...

    benarkah begitu?

    wassalam..

    JAWAPAN :

    Seseorang yang tertinggal puasa wajib hendaklah mengantinya pada hari yang lain sebagaimana firman Allah swt :-

    "...dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain." - [al-Baqarah 2:185]

    Seseorang itu boleh mengqadha' puasa tersebut pada hari yang lain. Persoalannya, apabila seseorang yang sedang menunaikan puasa qadha' tidak dapat meneruskan puasanya, Hutangnya dengan Allah swt masih lagi tertangguh. Wajib dia mengqadha'nya pada hari yang lain pula. Akan tetapi seseorang itu tidak dikenakan gandaan puasa qadha' atas sebab meninggalkan puasa tersebut. Contohnya seseorang yang bermusafir mempunyai 1 hari puasa tertinggal didalam bulan Ramadhan, dia memilih mengadha'nya pada bulan Zulhijah misalnya, tiba2 dia tidak mampu untuk meneruskan puasa tersebut. Beliau hanya perlu mengadha' kembali puasa 1 hari tersebut yang dilakukan separuh jalan.

    Perlu diingat bahawa puasa yang ditinggalkan secara sengaja tanpa uzur adalah merupakan sesuatu kesalahan. Terdapat sebuah riwayat yang sahih yang memberi amaran kepada sesiapa yang sengaja membuka puasanya. Dari Abu Umaamah al-Baahili telah berkata :

    "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :'Semasa aku sedang tidor 2 lelaki telah datang kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya dan membawa aku ke penghujung gunung. Mereka berkata :'Naik keatas'. Aku berkata "Aku tidak boleh'. Mereka berkata.'Aku akan mempermudahkan bagimu.'. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara2 yang kuat. Aku berkata :'Suara apakah itu?'. Mereka berkata 'Ini adalah suara teriakkan manusia dari neraka'. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan ditepi mulut2 mereka koyak dan darah keluar dari mulut2 mereka'. Aku berkata ,'Siapakah mereka ini?'. Mereka berkata,'Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya'" - [Hadith riwayat Ibn Khuzaimah #1986 dan Ibn Hibbaan #7491, dikelaskan sahih oleh al-Albani in Saheeh Mawaarid al-Zam’aan, #1509].

    Puasa wajib tidak boleh dibuka dengan sengaja, kecuali terdapatnya keuzuran atau sakit. Puasa merupakan tiang dari agama Islam. Dari Ibn Umar ra, Nabi saw bersabda :

    "Islam dibina diatas atas lima : menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan Haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan" - [hadith shahih riwayat al-Bukhaari #8 dan Muslim #16].

    Kseimpulan, perkara didalam ibadat memerlukan nas yang sahih bagi menuntukan hukumnya, dan ibadat didalam Islam bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan atau diperlecehkan.

    WA, wassalam

    SOALAN 5 : ( Pengsan/pitam membatalkan puasa?)

    Assalamualikum......

    Saya ada sedikit kemusykilan. Adakah batal puasa sekiranya pitam/pengsan (kira2 10-30 minit) ketika berpuasa


    Wassalam.

    JAWAPAN :

    wa'alaikumussalam
    Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr haizalutania dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

    Menurut Imam Syafie rh dan Imam Ahmad rh, berpuasa bagi seseorang yang Pitam, tidur berpanjangan, koma dsb mempunyai 2 scenario :

    1. Tidak sedar diri dari sebelum fajar sehinggalah terbenam matahari. Puasa begini tidak sah. Ini disebabkan konsep puasa adalah menahan diri didalam keadaan sedar, dengan niat melakukannya, dan dilakukan kerana Allah swt. Sabda Nabi saw :

    "Meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya keranaKu" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #1894; Muslim #1151]

    2. Dia terjaga disebahagian waktu, samada pada awal, pertengahan atau hujung waktu, maka puasanya SAH. Menurut al-Hafiz Imam al-Nawawi setelah meneliti kesemua pandangan, beliau berkata bahawa :-

    "Pandangan yang benar mengenai perkara ini adalah dengan syarat dia bangkit pada sebahagian dari hari"

    Alasannya adalah kerana seseorang yang bangkit pada siang hari puasa dapat akan menahan diri dari makan, minum dan syahwat didalam keadaan sedar.

    Kesimpulan yang dapat kita ambil adalah, jika sseorang itu tidak sedarkan diri berpanjangan (dari sebelum fajar hingga terbenam matahari), maka puasanya batal dan dikehendaki mengqada' puasanya. Bagi seseorang yang sedarkan diri disebahagian harinya maka puasanya sah. Ini adalah pandangan Syafie dan Ahmad, dan juga disukai oleh Syeikh Utsaimin. (Lihat al-Majmu’, 6/346; al-Mughni, 4/344; al-Sharh al-Mumti’, 6/365). Bagi kes yang disebut diatas, disebabkan pengsannya hanya kira2 10-30 minit, maka puasanya masih sah.

    WA. wassalam

    Semoga dapat membantu,insyaAllah..Wallahu a'lam..

    sumber : http://al-ahkam.net dalam soaljawab puasa.

    LBI, PPIM-RSC (Moscow)

    Details tentang soalan (mengorek telinga/hidung membatalkan puasa?)

    Adapun hal yg memasukkan sesuatu kedalam rongga hidung adalah perkara popular yg ditokok tambah yg mana menyusahkan umat islam itu sendiri. Berikut adalah pandangan Prof Dr. Yusof Al-Qaradhawi:

    "Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.

    Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya."
    [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108]


    Berikut adalah perbahasan mengenai permasalahan puasa yg diutarakan oleh Kapten Hafiz Firdaus dalam bukunya yg berjudul "Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa":

    [1]Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa

    Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:

    1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.

    2. Menelan air liur membatalkan puasa.

    3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.

    4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.

    5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.

    Semua di atas dan pelbagai lagi yang seumpama adalah hukum yang ditokok tambah ke dalam ibadah puasa sehingga benar-benar memberatkan umat Islam

    Yang sebenarnya membatalkan puasa hanyalah tiga perkara iaitu bersetubuh, makan dan minum. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

    Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). [al-Baqarah 2:187]

    Makanan dan minuman yang membatalkan puasa terbahagi kepada dua kategori:

    Pertama:

    Sesuatu yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga secara hakiki kepada orang yang mengambilnya, sekali pun dalam jumlah yang sedikit.

    Apa-apa makanan yang diambil secara sengaja dan sampai ke perut, maka ia membatalkan puasa. Apa-apa minuman yang diambil secara sengaja dan melalui tenggorok, maka ia membatalkan puasa. Apa-apa zat makanan yang dimasukkan ke dalam darah melalui suntikan, umpama glukosa yang diberikan kepada pesakit yang tidak dapat makan dan minum seperti biasa, ia juga membatalkan puasa.(Yang tepat, orang yang sakit sehingga tidak dapat makan dan minum seperti biasa tidak perlu berpuasa kerana keuzuran yang dihadapinya tidak mewajibkan dia berpuasa.)

    Maka dengan itu apa-apa benda, makanan atau minuman yang dimasukkan ke dalam rongga-rongga manusia, ia tidaklah membatalkan puasa. Contohnya, memasukkan pen ke dalam mulut, menggosok gigi, berkumur-kumur, membersihkan telinga, mengorek hidung, menggunakan ubat titisan mata, menyedut debu, peneranan yang tidak sempurna ketika membuang air besar dan pelbagai lagi, semua ini tidak membatalkan puasa.

    Merasai makanan yang sedang dimasak tidak membatalkan puasa asalkan ia dikeluarkan semula. Baki makanan yang ditemui terselit di celah-celah gigi tidak membatalkan puasa asalkan ia tidak ditelan secara sengaja. Menelan air liur, sengaja atau tidak sengaja, juga tidak membatalkan puasa. Air liur tidak pernah dianggap di sisi manusia yang normal sebagai minuman. Seandainya air liur adalah sejenis minuman, nescaya tidak ada manusia yang mati kehausan jika terdampar di padang pasir.

    Demikian juga, mengambil suntikan insulin bagi pesakit kencing manis dan menggunakan alat melegakan pernafasan bagi pesakit asma, ia tidaklah membatalkan puasa.

    Timbul persoalan, adakah menelan ubat tanpa disertai apa-apa minuman membatalkan puasa? Contohnya seorang berpuasa yang menghadapi pening kepala, lalu dia menelan dua biji Panadol. Adakah ini membatalkan puasa? Yang benar dia tidak perlu meneruskan puasanya kerana sakit yang dihadapinya adalah salah satu bentuk keuzuran yang membolehkan dia berbuka. Maka berbuka adalah lebih utama daripada menjerumuskan diri ke dalam sesuatu yang diperselisihkan hukumnya.

    Kedua:

    Sesuatu yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga secara psikologi sekali pun dalam jumlah yang sedikit. Ia bukanlah makanan dan minuman tetapi mengambilnya memberi kesan psikologi berupa kepuasan atau kenikmatan yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga bagi nafsu.

    Contohnya ialah orang yang menghisap rokok. Asap rokok bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penghisap rokok, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap rokok membatalkan puasa. Akan tetapi bagi orang di sekitarnya yang terhisap asap rokok tersebut (secondary smoker), ia tidak membatalkan puasa kerana asap rokok tersebut bukanlah satu nikmat bagi diri mereka.

    Tetap pada contoh asap, menyedut asap kenderaan di lalulintas yang sesak tidak dianggap membatalkan puasa. Ini kerana asap kenderaan bagi manusia yang norma, tanpa dibezakan dia penghisap rokok atau tidak, bukanlah suatu nikmat yang memuaskan.

    Contoh lain ialah menghisap dadah atau mengambil dadah melalui suntikan. Dadah bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penagih dadah, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap atau menagih dadah membatalkan puasa.

    Dalil bagi apa yang disebut dalam kategori kedua ini ialah hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa Allah berfirman (Hadis Qudsi):


    "Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku."[Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 1897 dan sanadnya dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami.]

    Yang dimaksudkan dengan meninggalkan kenikmatan bukanlah semua bentuk nikmat seperti tidur, mandi dan sebagainya. Akan tetapi ia adalah nikmat yang terhasil pada diri seseorang seumpama makan dan minum.

    Daripada penjelasan di atas, jelas bahawa dalam kebanyakan aktiviti seharian kita yang normal, tidak ada sesuatu yang menyebabkan terbatalnya puasa. Antara hikmah berpuasa adalah mendisiplinkan diri daripada bersetubuh, makan, minum dan sesuatu kenikmatan yang seumpama makan dan minum pada siang hari. Menokok tambah hukum bahawa kononnya memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa tidak ditemui dalilnya daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ia juga tidak memiliki apa-apa peranan mahupun manfaat dari sudut hikmah disyari‘atkan berpuasa.

    Dalil yang lazimnya digunakan oleh pihak yang mengatakan batal puasa bagi seseorang yang memasuk sesuatu ke dalam rongga badannya ialah hadis berikut:

    "Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa."[Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…)]

    Berdasarkan sabda Rasulullah “…kecuali jika kamu sedang berpuasa” mereka memahami bahawa seseorang itu dilarang menyedut air ke dalam hidung apabila sedang mengambil wudhu’ dalam keadaan berpuasa. Jika dimasukkan air, ia akan membatalkan puasa. Kemudian fahaman ini diluaskan kepada semua rongga tubuh badan berdasarkan analogi (qiyas).

    Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.”[Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms. 117]

    {Petikan dari buku "Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa" oleh Kapten Hafiz Firdaus}

    ~Untuk rujukan lanjut sile lawati http://al-firdaus.com/RisalahPuasa/new/lima.htm#3

    ~juga boleh visit link dibawah 4 more details (english version) http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543710

    moga bermanafaat,iAllah..wallahua'lam

    LBI PPIM-RSC(Moscow)

    Monday, September 18, 2006

    Thank You PPIM (Sunathon Sabah 2006)



    I was browsing through the icons in my laptop file and my heart was hankering after the word ‘Sunathon Sabah’... As I clicked on it, my mind went wandering back the memory lane, recalling how exciting it was the summer break had been for us…

    As the Air Asia plane took off from the LCCT heading to Kota Kinabalu, Sabah, the midnight chilliness surrounded us, leaving Idham, Kak Ina, Zharif, Dinie, Nabil, Ikhwan and I in the plane, sleeping tightly under arms. Feelings of exciting and nervousness muddles up and stimulates our emotion.. To us, grabbing this opportunity gives the experience to open our mind about the tradition that has been done in our generation for years but in the customary way.

    Sunathon, it sounds like marathon. So, the main idea of sunathon is a program organized by Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Cyberjaya Chapter as their first and foremost event of the year where the circumcision is done to the kids of Sabahan. As we all know, the medical services and apparatus in Sabah isn’t as present as the hospitals at Peninsula. So, the Presiden of PPIM, Prof Dr Latiff Mohamed decided to help and do some charity work at Ranau and Kota Belud, villages faraway from the city centre of Sabah.

    I’m writing this journal as a first year student that had experienced this charity service where I find myself lucky to agree on participating this event early. It really gives benefit not only to me, but to all that had joined and includes themselves in whatever production to make this program successful. This program was participated not only by medical students from locals, but also from overseas. About 60 students from Cyberjaya University of College Medical Sciences (CUCMS), a few from Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), us, representative from Russian State Medical University (RSMU) and also 2 students from medical school in UK. All of us could get along among each other really well the first time we met.

    We reached North Cabin Borneo motel early in the morning around 2.00am. We were welcomed by students from CUCMS. They showed our room and gave some briefing about tomorrow’s plan on the program. It was a warm welcome but all we need that time was a hot bath and comfortable bed. As soon as we get to lie on the bed, our eyes just couldn’t help to closed and soon, we were taken away, by the coldness of the drizzling rain outside the room…

    The next morning, after the Subuh prayer, we got ready and hoped on a bus that lead us to Kota Belud, a village to the east of Kota Kinabalu. Although the journey took nearly 2 hours, it was fun. Pranks and laughters fills the atmosphere, entertaining everyone in the bus. The old generations used to say, like the Malay proverb; ‘Jauh perjalanan, luas pemandangan’. It was very much true. Nothing at Peninsula was at Sabah’s area. Trees that hasn’t been cut down stand tall along the way, greeting us and welcome us right into the untouched forest created by Allah Al-Mighty. Subhanallah, the beauty is just there for us.

    The peak of the event has reached as soon as we stepped down of the bus and walked to Masjid Pekan Kota Belud. People from all walks of life, from different district came down to involved themselves and enjoyed our company. They had nicely arranged and organized performances like silat, kompang show, nasyid songs by beautiful dressed little girls and boys to heat up the place. Professors from CUCMS, medical assistants from the local hospitals and medical students make themselves proactive by asking helps around even when their hands are full with responsibilities. The first boy that ends his circumcision came out from the special room for the procedure with a smile. Guess what he was thinking…? ‘At last, I’m a man now!’.. Right? Boys between age of 5 years to 16 years walked in and out the rooms that was available. There were even grandfathers waiting for their grandson with patient while some others were chit-chatting among the parents, attending the medical assistants and have some talked about medical issues with the students. From here, we could actually see that no matter from what platform of life you are in, this kind of get-together shows that everyone is needed and helpful to make things successful.

    During those working hours, we learned a lot about the correct way to cut off the penis foreskin, doing local anesthesia, suturing and the most important thing is to calm down the kids. That was the toughest job to do as we have to make sure that the kids aren’t scared of the needles and the apparatus we brought in after sterilizing them. I learned a lot especially in preparing the antibiotics and pain killers, the anesthesia and the right way to sterilize those apparatus needed. But to me, treating the patient with care and tender will always cure the sore. The hectic situation was the barrier between us that we hadn’t had time to fool around but sign language was the medium among us. Luckily, coconut drinks and fried mee were prepared to imbibe our dry throat and empty stomach. Just the right time we needed them!

    Dinie, Nabil, Ikhwan and I felt more than lucky when we had this chance and used them well because as a first year student, chances like this are hard to find. As young as we are, we learnt whatever is taught in the second year onwards syllabus. Kak Ina, Idham and Zharif observed and assisted the surgeons and medical assistants. Applying the techniques they had learnt some even already had their own patients and completed the procedure well. We felt that this kind of charity work should be emphasize more to medic freshies students. Then only they will get stimulated to study medicine and close their ears to all kinds of rumours about how tough and suffering the medical students are facing. Definitely not true!

    Soon when the athan was summoning calling to perform Maghrib prayer, we were starting to pack up the things and arranging chairs. Cleaning up the mosque made us closer to each other because only at that time, we actually realized that most of us are related to someone near us. What a small world! Each other starts to draw smiles and making conversations. Life’s just wonderful and colorful. This kind of agenda had widened our network among us. Although the period of meeting new friends were short, distance never was the obstacle for us to keep in touch. I even still contact the UPM students which I find them really entertaining keeping up the company after all the hard work and hurdles studying back here in Moscow.

    The next day was spent at Kundasang and Ranau buying local things and souvenirs for family and friends. We also went jungle trekking at Kinabalu Park. The Kiau View Trail was quite adventurous with the wet and muddy soil covering our shoes. But all these we put aside because the thrill and fun and the expedition was all we need after the hard work the day before. Flashes of camera were seen nearly every steps we walked through the green alley of the forest. At last, we reached 2000 meters above sea level which felt so good! Hadn’t been breathing in such fresh morning breeze for so long. This trekking activity builds up our stamina and here, everyone seems to lend a hand helping those who were already exhausted. At night, we had a barbeque at the Tanjung Aru’s beach. Crabs, varieties of fishes, tofu balls and hotdogs were the menus of the grill that fills our stomach with mouth-watering desert. Delicious!

    Enthusiasm fills up the atmosphere as everyone just couldn’t wait to boat to the Manukan Island. Most of us, with different kinds of shapes and brands of sunglasses were seen hanging on their noses, looking ahead of the South China Sea, trying to catch a glimpse of Manukan Island that is famous for its choral, white sandy beach and crystal clear ocean. The wind that blows gives the sign of calling us, gesturing us. When we step on the jetty island, the tropical fishes swam around the jetty before us, welcoming us. Soon, everyone was putting on goggles and duck fin and went straight into the sea, swimming to the choral area enjoying the beauty of Allah’s creation of the sea creatures. We had serene ambiance lunch on the beach itself where this experience cannot be seen or touched but feel and value the moment.

    Soon, it was time to pack up the things and off we went to the jetty and then, to the airport. Footsteps were left behind but the memories are well kept in the treasure mind. Before each of us get into the plane, telephone numbers were seen exchanging between us. Smiles and glances too! Everyone seems so happy and really satisfied with this program that had accomplished with triumph.

    Nonetheless, this program had showed our true colours where one can be seen self-minded while others friendly and generous. Attitudes coloured our journey all along, leaving memoirs that will never be forgotten. Knowledge has broadened, expanding network to all medical student, experience the customary tradition, helping the needs and their generation. Thank you PPIM.

    Layla Bt. Tumaisuri


    Sunday, September 17, 2006

    Science & Faith



    Once Science said to Faith:

    "My eye can see all that is in this world;
    The Entire world is within my net.
    I am only concerned with material things,
    What have I to do with spiritual matters?
    I can strike a thousand melodies,
    And openly proclaim all the secrets that I learn."

    Faith said:

    "With your magic even the waves in the sea are set ablaze,
    You can pollute the atmosphere with foul, poisonous gases.
    When you associated with me, you were light,
    When you broke off from me, your light became fire.
    You were of Divine origin,
    But you have been caught in the clutches of Shaytan.
    Come, make this wasteland a garden once again.
    Borrow from me a little of my ecstasy,
    And in the world set up a paradise.
    From the day of creation we have been associates,
    We are the low and high tunes of the same melody."

    Allahma Iqbal.

    Friday, September 15, 2006

    Ramadhan Kembali?


    Assalamualaikum w.b.t.

    Baju raya dah ada?
    Kuih muih raya dah sedia?
    Jangan lupakan kad raya!!
    Bersempena dgn HARI RAYA AIDLIFITRI yg bakal berkunjung tiba,PPIM-MSC telah mengambil inisiatif utk menjual kad Hari Raya edisi khas utk sesiapa yg berminat...harga=30 rubel/kad...disertakan dgn sampul surat...edisi terhad,siapa cepat dia dapat!~berminat?Sila tempah skrg :~



    • prepatory course & 1st year----Ahmad Fakhrullah Annuar
    • 2nd year----Layla Tumaisuri
    • 3rd year----Mohd Afiq Rushdi
    • 4th year----Nadia Hamimah Kamaludin
    • 5th & 6th year----Khairil Idham Ismail

    Wednesday, September 13, 2006

    IMAM-MSC Summer camp 2006

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Summer Camp PPIM 2006 (Rumusan)

    Apa yang lebih penting bukan tentang apa yang diajarkan tetapi apa yang dapat dipelajari"- Pok Nik, Kem Rebutia

    Alamak, dah lambat ni. tergocoh-gocoh saya bergegas ke dewan terbuka. Kelihatan di sana sudah ramai peserta-peserta berkumpul. Dalam minda ini sudah mula memikirkan hukuman-hukuman, kalau tidak pun sekurang-kurangnya pasti di malukan.

    Tapi aneh sekali sampai sahaja di sana, Pok Nik yang juga merupakan pakar motivasi untuk program ini hanya tersenyum. Sedikit pun tidak terkeluar kata maki hamun dari mulutnya.

    Rupa-rupanya memang begitulah gaya beliau, keseluruhan Summercamp ini diuruskan dalam masa yang fleksibel. Diubah mengikut kesesuaian peserta, 'Zero stress' itulah rasa istilah yang rasanya layak digunakan.

    Kalau difikirkan ini sudah pelik, tunggu jika anda tahu bagaimana sepanjang Summercamp ini kami sangat banyak tergelak, seolah-olah sedang menonton cerita bukannya mendengar ceramah. Satu lagi keunikan Summercamp ini apabila Pok Nik menggunakan pendekatan berkongsi pengalaman yang nyata mengurangkan jurang antara kami peserta dengan beliau. Bagi beliau semuanya harus berlansung dalam fitrah bukan sebaliknya.

    Andai saya dapat gambarkan. Saya katakan Summercamp ini umpama satu percutian yang amat menyeronokkan dan pada masa yang sama amat berfaedah.

    Umpama satu jawapan yang sudah lama saya nantikan, bagi saya keseluruhan Summercamp menjelaskan saya tentang matlamat.

    Manusia ini terdiri daripada 4 komponen: Akal, Jasad, Roh dan Emosi. Jasad merupakan manifestasi yang ditonjolkan kepada orang ramai. Melalui jasad inilah masyarakat melihat tentang siapa diri kita sebenarnya. Segala tindak tanduk jasad ini pula ditentukan oleh samada Akal atau Emosi. Kebiasaannya jika Akal mengemudi maka tindakanya positif manakala jika Emosi maka ada sedikit kacau bilau berlaku. Ketiga-tiga elemen ini pula digerak oleh roh yang terdiri daripada nyawa dan kerohanian. (Pok Nik, Mukadimah 11 Ogos 2006)

    3 soalan yang membezakan antara orang Islam dan Jahiliyah:
    1. Dari mana kita datang.
    2. Untuk apa kita di sini
    3. Apa yang berlaku selepas ini.

    1.) Dari mana kita datang
    Mengetahui asal usul kejadian kita adalah penting kerana pada akhirnya di situ jualah kita akan kembali semula. Tahu tentang asal usul ini juga penting bagi menyedari hakikat yang manusia ini dijadikan asalnya dalam fitrah (suci) maka segala tindak tanduk kita sewajarnya tidak menganggu fitrah ini.
    2.) Untuk apa kita di sini.
    Ad-Dhariyat ayat ke 56:
    وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
    "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"

    Korelasi daripada perkara sebelum ini maka sesungguhnya manusia ini dijadikan dengan 2 tujuan utama dalam hidupnya:
    1. Sebagai hamba Allah
    2. Sebagai Khalifah

    Hidup tanpa matlamat umpama berjalan di tengah malam tanpa arah tujuan dan lampu penunjuk arah. Selaku umat islam, sewajarnya kita perlu menjadi hidup ini lebih bermakna, kita perlukan sesuatu yang melebihi sekadar makan, minum, bekerja, berkahwin, beranak pinak. Ia perlukan sesuatu yang menjadikan hidup ini lebih bermakna dan bermanfaat.

    Hidup tanpa makna apabila manusia memandang enteng tentang tugas mereka sebagai khalifah. Khalifah secara mudah boleh diertikan sebagai;
    1. membantu diri menjadi lebih baik
    2. membantu orang lain menjadi lebih baik
    3. membantu menjadikan dunia ini satu tempat yang lebih baik

    Sebagai khalifah di muka dunia ini, kita perlu melakukan apa sahaja yang termampu bagi memastikan ketiga-tiga matlamat itu tercapai dan dengan ini barulah hidup kita terisi.

    3.) Apa yang berlaku selepas ini
    Jika perkara ini mula dipraktikkan maka lahirlah satu umat terbaik dalam al quran yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Barulah muncul satu umat yang seimbang.

    Perjuangan kita masih belum selesai selagi Islam masih belum menjadi satu gaya hidup yang paling berpengaruh dalam dunia. Tiada apa yang mustahil sebenarnya, sejarah telah membuktikan betapa satu ketika dahulu, Islam dijadikan rujukan, orang Islam di beri penghormatan tertinggi dan dijadikan kayu ukur dalam semua perkara. Hakikatnya suatu ketika itu, masih tidak jauh dari kita dan ianya punyai tendesi yang besar untuk direalisasikan semula.

    Tiada apa yang perlu dimalukan hidup dalam keadaan Islam sedang ditindas kerana jelasnya berjuang pada ketika inilah lebih manis ketika hasil penat jerih itu masih begitu mahal harganya. Ketika inilah usaha itu umpama satu permata yang amat berharga dan rasa sedihnya begitu lain sekali. Kita harus berbangga kerana kita orang terpilih dan bukannya ditinggalkan.

    Umpama melihat satu filem hindustan. Heronya hebat pada permulaan, di tindas di tengah-tengah dan menang semula. Satu fitrah yang sebenarnya cuba ditunjukkan bahawa Islam akan menang semula. Janji Allah itu benar dan tiada apa yang harus ditakutkan kerana nyata Islam tetap akan menang pada akhirnya.

    Dr. Abdul Latiff (12 Ogos 2006, Bersama PPIM; matlamat dan tujuan)

    Kuasa pada suatu wawasan adalah kita sentiasa bermula dengan suatu pengakhiran di dalam minda.
    1.Insan biasa berkata tentang orang lain
    2.Insan yang lebih baik berkata tentang peristiwa
    3.Insan yang terbaik berkata tentang idea dan gagasan.

    Dr. Azhar (12 Ogos 2006, pengenalan tentang MERCY)

    Maka apabila wawasan itu sudah jelas, kita perlukan sistem, budaya dan akhirnya doa. Kesemuanya harus berlaku serentak, diadunkan sekali dengan sentuhan ambil berat dan kasih sayang sesama anggota kumpulan khususnya dan umat umumnya sehingga akhirnya kita beroleh kebahagiaan.

    WAWASAN->SISTEM->BUDAYA->GAYA->DOA
    Pok Nik (14 Ogos 2006, Rumusan)

    Moga kita bisa tidur dengan impian dan matlamat yang sama. Amin.

    by Fadly Khairie

    note:Fadly Khairie, 3rd year student from Volgograd State Medical Academy was at Kem Rebutia,Gombak to participate in the IMAM-MSC summer camp 2006 as he wrote about his own experience during the whole summercamp.