Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Moscow) Russia Student Chapter

PPIM-MSC-->Blog ini ditubuhkan pada 18 Mac 2006 'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.' Muhammad:7

Sunday, May 28, 2006

Palestine itu jauh dari kita..


Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulldozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi...
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta...

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah
Dundee

Wednesday, May 24, 2006

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN SEMPENA MUSIM PEPERIKSAAN



Bersempena musim peperiksaan yang menjelang tiba, satu majlis solat hajat & bacaan yaasin akan diadakan pada :


Sabtu , 27 Mei 2006/29 Rabiul’akhir 1427H

Waktu : 9.45pm (waktu Maghrib)

Tempat :

Muslimin 1. Masjid tingkat 4 (tahun 3,4 & 5)

2. Bilik 15-02 (tahun 2)

3. Bilik 15-13 (tahun 1 & pre-med)

Muslimah 1. Bilik 7-3 & 5-6

Kutipan dana untuk saudara seagama kita di Palestin akan diadakan serentak sempena majlis ini

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke majlis solat hajat ini.

Anjuran bersama PPIM-MSC dan KUMOSC


Saturday, May 13, 2006

Buletin IMAM's Link Mei Online

Alhamdulillah, buletin IMAM's Link berjaya dikeluarkan. Kepada ahli yang tidak mendapat salinan buletin terus ke blok anda, boleh membacanya di sini. Dimuatkan juga aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh PPIM-MSC dalam bulan April, sempena maulidur rasul dan Kursk Games 2006.
Sila beri komen membina anda, untuk memperbaiki lagi buletin ini.

Sila klik pada gambar untuk memperbesarkannya

Muka surat pertama, kedua, dan ketiga














Muka surat keempat, kelima, dan keenam













Muka surat ketujuh, kelapan, dan kesembilan













Muka surat kesepuluh, kesebelas, dan keduabelas

Buletin IMAM's Link April Online

Di atas permintaan ramai, pihak Penerangan dan Penerbitan di sini menyiarkan semula buletin IMAM's Link secara online. Kepada ahli yang tidak mendapat salinan buletin secara terus ke blok anda, pihak kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dialami. Harap anda semua dapat membaca IMAM's Link di sini. Anda boleh memberi komen membina anda disini, bagi mempertingkatkan mutu IMAM's Link untuk keluaran akan datang, Insya Allah.
Sila klik pada gambar untuk memperbesarkannya

Muka surat pertama dan kedua













Muka surat ketiga dan keempat













Muka surat kelima dan keenam













Muka surat ketujuh dan kelapan












Muka surat kesembilan dan kesepuluh














Exco Penerangan dan Penerbitan

Majlis khas crowd muslimah
















Pada 7 May 2006, sebagai aktiviti susulan CROWD, satu majlis telah diadakan khas untuk semua ahli CROWD muslimat..bertempat di bilik 5-06, pukul 9 malam..

Aturcara Majlis:

-Solat Maghrib secara berjemaah

-Diikuti dengan solat hajat (Persediaan menghadapi EXAM)

-Bacaan yasin dan tahlil arwah

-Bacaan Kanzil arash

-Slot khas untuk semua ahli CROWD

  • Slot muhasabah mengenang Ayah Bonda dan zikir munajat
  • Slot multimedia - ( Sempena Hari Ibu )

-Jamuan ringan

Semoga majlis ini mendapat berkat dah redha Allah, insyaAllah..~

Latihan dan Bina Insan PPIM-MSC







Monday, May 08, 2006

KASUT

Ramai orang yang pandai berpuisi..Saya pun ada sorang kawan yg terer bab2 tulis sajak ni..alhamdulillah digunanya anugerah itu untuk menyampaikan Islam,berpesan dan menasihati kawan2,adik tersayang,umat Islam dan insan umumnya,sesuai dgn Hadith Rasul s.a.w "Ad-Deenun nasihah",agama itu nasihat..Ade satu poem yg dia tulis tu, title die kasut..mule2 tengok title "KASUT" teringat essay zaman skolah dulu "Aku sepasang kasut"..tapi,lepas bace,masyaAllah so meaningful rupenye..tak pernah pulak zaman skolah dulu ade kisah kasut yang macam ni..meh kite same2 bace dan ambil iktibar..












kasut


kasut itu milik tuannya
tanpa hasrat dia mematuhi
ke mana kaki dituju itulah tempat diseru

kasut menjadi saksi tuannya
tempat maksiat tempat ibadah semua diredah
dia tidak ada hak membantah apatah lagi menegah

Ke mana kita hari ini tuan?
soalan dijawab bisu
Kasut turut melangkah berkhidmat setia
Moga baik niat tuanku hari ini, bisiknya

Seketika kasut terkesima
malapetaka apakah ini?
Sakit tubuh dipijak disepak
direnjis najis berbau hapak
mengapa aku ada di sini?
suara manusia bertempik berteriak
bersentuhan jantan betina tanpa riak segan
maksiat melata sendat dengan pesta

Keluarlah tuan! hamba tidak mahu bermaksiat pada Tuhan!
Tuan boleh terus berdansa tapi hamba tidak rela!

'I've got present for you dear!'
'Wow, a pair of shoes! Let me try it out'
Lantas kaki bertukar pakaian,
Dia kini sudah tidak bertuan,
Kini jasad sudah bertemankan sampah sarap,
Namun syukur kerana kasut tidak perlu bermaksiat pada Tuhan

Seketika difikir hayatnya sudah tiada
boleh dia menutup mata selama-lamanya
Tiba-tiba tubuhnya disentak,
Apakah pula ini?
'Elok juga kasut ini lagi. Sayang kalau tak pakai'
Elok muat sepasang kaki memasuki tubuhnya
Siapakah manusia baru ini?
Antara gembira dan galau dia bertawakal,
Kemanakah destinasi kita tuan baru?

Dari satu sudut yang jauh
rensa hatinya bergetar
tatkala kedengaran suara merdu muazin mengalunkan ,
panggilan kuat kepada Tuhan,
damai hatinya lantas diperlajukan langkah,
kasut mahu turut mengejar Tuhan,

Saat dia berada dalam saff rapi
di perkarangan luar tempat ibadah itu
dia berkhutbah pada teman kasut yang lain...
Bersyukurlah kalian..
Tuan-tuan kita adalah orang-orang yang beriman
Berdoalah agar kita tetap dapat membantu mereka
melangkah menuju redha Tuhan
Agar hidup kita bukanlah sebagai sepasang kasut sahaja
Tetapi sebagai hamba Allah yang mulia..

Latihan dan Bina Insan PPIM-MSC


Monday, May 01, 2006

Paramedic team untuk Kursk Games 2006

Bersempena dengan Malaysian Intervarsity Games di Kursk pada 28-29 April 2006,PPIM-MSC di bawah Biro Kebajikan & Sosial telah mewujudkan paramedic team bagi mengiringi kontijen Moscow yang beraksi di sana.Seramai 12 orang sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli PPIM-MSC menawarkan diri sebagai pelatih paramedic. Pelbagai persediaan telah dijalankan sebelum sukan berlangsung bagi memastikan paramedic team yang di bentuk benar-benar dapat memberikan bantuan sebaiknya termasuk pembahagian tajuk dan tugas, latihan dalam kumpulan ,pembelian ubat-ubatan, ceramah oleh Dr.Habib pelajar PhD dalam genaral surgery dan sebagainya.Biro Kebajikan & Sosial turut menerbitkan modul ringkas pertolongan cemas untuk rujukan paramedic team.
Matlamat utama diwujudkan paramedic team ini ialah:-
  • Mewujudkan semangat kesukarelaan di kalangan ahli-ahli PPIM-MSC
  • Memupuk rasa memberi dan membantu
  • Berkongsi ilmu dan praktikal di kalangan ahli-ahli PPIM-MSC
  • Sebagai persedian menghadapi peperiksaan praktikal General Surgery
  • Mengiringi dan menyokong kontijen masing-masing ke Malaysian Intervarsity Games
Paramedic team turut bekerjasama dengan wakil-wakil paramedic team dan lain termasuk sukarelawan penganjur di Kursk sendiri.
Pada masa hadapan, di harapkan team ini dapat diteruskan dan di ramaikan ahlinya serta menjalinkan hubungan kerjasama yang erat di antara paramedic team berlainan universiti seperti di Kursk,Volgograd dan Nizhny Novgorad.
Latihan berlangsung di bilik study, dengan saudara Fakhrullah sebagai model
Saudara Ahmad Zharif sebagai tenaga pengajar dan Sdr. Afiq Afar dan Paan selaku pembantu
Mengangkat ibu jari selaku tanda berpuas hati dengan latihan yang dijalankan
Saudara Shazli pada hari sukan berlangsung,lengkap dengan tag nama selaku salah seorang paramedic pada hari tersebut
Paramedic team yang menyelit di celah-celah penyokong bola tampar

Tahniah diucapkan pada pihak pengurusan paramedic team dan paramedic team! Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal pada anda.Amin

Ceramah Maulidur rasul oleh Ustaz Marzuki

Pada 23 April 2006, pihak ppim-msc telah mengadakan ceramah maulidur rasul di hostel sportivnaya MMA.Sebanyak dua bilik di situ dibuka untuk keselesaan ahli yang datang daripada RSMU dan MMA,lelaki dan perempuan.Majlis dipengerusikan oleh sdr. Khairul Faizi dan disampaikan oleh Ustaz Marzuki selaku penasihat PPIM-MSC.Ceramah bermula pada 3.15pm dan berakhir 4.15pm.High tea disediakan selepas majlis. Di sini disarkan sedikit sebanyak gambar-gambar yang telah dirakam pada hari tersebut


Ahli- Ahli RSMU dan MMA lelaki sedang bertanya khabar sesama sendiri sebelum majlis berlangsung
Ahli- ahli daripada MMA perempuan sebelum majlis berlangsung
Ahli-ahli majlis tertinggi daripada MMA dan RSMU berbual-bual sambil menunggu jamuan dihidangkan
Ustaz Marzuki, isterinya dan ahli-ahli majlis tertinggi PPIM-MSC sedang menjamu nasi ayam selepas majlis.

Semoga ahli mendapat manfaat daripada majlis ini.Insya Allah