Majlis Ramah Mesra
Ahad 26 Nov lalu, barisan AJK PPIM RSC (Moscow) di RSMU telah mengadakan satu majlis ramah mesra dengan pelajar-pelajar baru di sini. Majlis diadakan untuk memperkenalkan PPIM disamping membuka keahlian kepada mereka yang berminat untuk menyertainya.Lebih kurang seramai 23 pelajar-pelajar muslim yang terdiri daripada pelajar tahun persediaan (pre-med) dan pelajar tahun pertama telah hadir di majlis yang diadakan di bilik 9-10 itu. Sajian spaghetti serta kek-kek dan koktel bandung menceriakan lagi majlis itu.
Ia dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi PPIM RSC Moscow, Saudara Idham. Beliau menerangkan peranan PPIM ini ditubuhkan serta menceritakan pelbagai program yang telah, sedang dan akan dianjurkan oleh PPIM sendiri.Kemudian, majlis disusuli dengan jamuan ringkas dan akhir sekali, ramah mesra dengan para hadirin. AJK PPIM juga turut tidak ketinggalan untuk diperkenalkan pada hari itu.
Pada petang itu juga, pihak AJK PPIM juga telah menganugerahkan
sijil penghargaan kepada AJK Summer Camp 2006 dan Pasukan Paramedik ke Kusrk2006 atas sumbangan besar mereka dalam menjayakan program dan aktiviti persatuan.Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ringkas ini.
Kepada ahli-ahli baru yang ingin terlibat dalam aktiviti persatuan, bolehlah menghubungi YM Ajk seperti dibawah ini:
Paramedik RSMU : Fakhrullah (fakhrullah_2004) & Mazni (loyallotus2000)
Crowd : Afiq (afiq_afar86) & Nadiah Kamaludin (nadiakamaludin)
Imam's Link : Aizuddin (aizuddinyusof) & Alina Hasni (alina_hasni)
Crowd : Afiq (afiq_afar86) & Nadiah Kamaludin (nadiakamaludin)
Imam's Link : Aizuddin (aizuddinyusof) & Alina Hasni (alina_hasni)

2 Comments:
pesan kak fir last part tu " jgn tinggal sembahyang, jangan tak baca al-quran & belajar pandai2.."
saye dapat sijil..yeyeye!!
Post a Comment
<< Home