Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah
"Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa." (Ar-Ra'd:16)

Salam..dalam entry yg lepas telah diterangkn secara ringkas apa yg difahami penulis daripada muqaddimah buku 'Apa Erti Saya Menganut Islam?-Fathi Yakan'..dalam entry ni kite sambung lagi dengan bahagian pertama drp buku ni--> 'Saya Mestilah Muslim di sudut Aqidah'..mungkin ada yang tertanya,mengapa perlu diulang2 kembali tentang Aqidah sedang sejak kecil lagi kite telah didedahkan dengan ilmu2 berkaitan Aqidah,"dari kecik sampai besar asyik ulang bende same..dah tau dah pun.." tapi adakah kita tergolong dalam mereka 'yang tahu' atau mereka 'yang faham'? tepuk dada,tanya Iman,jawab sendiri..
Berpegang dengan aqidah yang benar lagi murni adalah SYARAT PERTAMA bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalamAl-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para Imam penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan agama.
Once kite mengaku kite Muslim,kite mestilah
Firman Allah s.w.t yg bmaksud :
"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musoh kamu yang nyata." (2:208)
"Apa yg penting sangat tentang Aqidah ni sampai jadi bab pertama dan sering ditekan2kan sangat?" Aqidah berasal drp perkataan ( 'a-qa-da) yg memberi maksud pegangan.pentingnya Aqidah kepada kite sbg orang muslim ibarat pentingnya tongkat kepada orang buta,malah lebih lagi.Tanpa tongkat,maka terpesonglah jalan,sukarlah melakukan kerja,begitu juga tanpa Aqidah yg teguh,maka tergelincirlah kita,jauhlah dr jalan yg betul..bila jauh drp jalan yg betul,makin jauhlah kite drp Allah,bile jauh daripada Allah,maka makin jauhlah kite drp syurgaNya..bukankah SyurgaNya yg abadi yg kite impikan?? bile ditanya, semua pn mjawab "mestilah nak masuk syurga,sape tanak masuk syurga?"..tapi sejauh mana usaha kite untuk melayakkan diri kite ke syurgaNya??... itu secara ringkasnya..jadi,apa yg perlu kite tau n lakukan untuk memantapkan Aqidah kita?
Ok,kite teruskan..
Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:
- Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
..Cuba kite pandang dari sudut realiti,di sekeliling kite,mana mungkin ada dua orang ketua dalam satu persatuan?mana mungkin ada 2,3,4 big boss dalam sesebuah syarikat? mana mungkin ada 2,3 president dalam sebuah negara? president Palestin,US,UK,semuanye pun sorang aje,PM Malaysia pun sorang aje..bayangkan kalo president/PM ade lebih drp satu mestilah musnah pentadbiran sesebuah negara tu,sorang kate macam tu,sorang kate macam ni,masing2 nak ikut kepala masing..last2 gaduh tak jadi keje,rosak semua..same jugak macam Tuhan,mana mungkin adanya sampai 2,3 Tuhan.Tuhan hanyalah satu,Allah..Dialah yg menciptakan kite,Dialah yg menciptakan alam ni dan mengaturnya,tiada 2 atau tiga..pada Allahlah kite mengharap,tempat kite minta perlindungan,minta kejayaan,rezeki,kesenangan,dan Dialah matlamat pengabdian kite..hanya pada Dia yang satu,bukan 2,3 atau lebih.
- Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t yg bermaksud :
..kalo kite betul2 memerhati ayat di atas kite akan faham bahawa ayat ni sebenarnye merupakan ayat tanya dan agak bernada 'melankolik' atau agak sinis..
..Allah tanya kite : patut ke kite anggap yg Allah cipta kite ni sia-sia aje? Sesuka hati je Dia nak cipta kite? and pastu ikut suke hatilah kite nak buat ape pun atas dunia ni? kite nak eksyen dengan die ke,nak buat ape yg kite rase nak buat aje, pastu mintak pulak macam2 dgn Dia? nak kayala,nak hidup senangla,nak jadi hensemla,lawala,sedang kite ingkar..patut ke?
..Lagi Allah tanya : patut ke kite rase yang kite ni takkan di kembalikan padaNya?
memang tak patut kalau kite menyangka macam tu..tapi,kalau memang kite bukan diciptakan sia2,kenape sebenarnye Allah ciptakan kite?
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Al-Zariyat : 56-58)
..inilah dia,tujuan kite diciptakan, untuk beribadat kepada Allah.segala apa yg kite lakukan jika hanya kerana Allah,adalah merupakan Ibadah,samada ibadah khusus(solat,puasa etc) atau ibadat umum(makan,minum etc,even tidur pun..) jika semata2 krn Allah,adalah ibadah..senang bukan?apa jua yg kite lakukan,ikhlaskan niat kerana Allah,Pencipta kite..lakukan dengan rileks n redha..sbb bile kite redha,maka akan sentiasa tenanglah diri kite.,bile kite redha n tenang,ape2 yg xbest jd pada diri kite pun,kite takkan rase resah dan berputus asa,sebab kite yakin dengan Allah,yg merupakan sebaik2 Perancang.
Maha suci Allah yang tak mendamba satu apa pun daripada makhluknya,tak mengharap rezeki,kesenangan,kemewahan,daripada manusia bahkan Allah lah yg memberi rezeki,kesenangan,perlindungan dan segala2nya.daripadaNya kita datang,dan kepadaNyalah kita kembali..
"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir." (Ar-Ra'd:3)
"Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Yunus:55)
Wallahua'lam..setakat sini dulu,insyaAllah nanti sambung lagi..moga dapat sama2 dapat manafaatkan dan dapat ambil pengajaran.Moga kite sentiasa tergolong dalam mereka yg sentiasa mendapat rahmat dan hidayahNya,juga tergolong dalam ahli-ahli syurga, insyaAllah..wassalam wrt wbt..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home